Apa Itu Saham Amanah ?

Kita perlu ada 2 tabung ini i.e. simpanan & pelaburan.  Bercakap tentang pelaburan, kita boleh melabur sebahagian dari duit kita dalam Saham Amanah atau Unit Trust atau Unit Amanah.  Apabila disebut SAHAM, secara asasnya ia berkaitan saham seperti di Bursa Malaysia. Apabila disebut AMANAH ia adalah organisasi yang mempunyai kepakaran dalam memikul tanggungjawab pelabur. Contoh, salah satu syarikat amanah yang ada di Malaysia adalah Amanah Raya Berhad (ARB).

 

Syarikat amanah diberi tanggungjawab untuk memastiikan hak pelabur dijaga. Sekirannya berlaku sesuatu ke atas syarikat Unit Trust, pijak syarikat amanah yang dilantik untuk dana berkenaan mengambil alih dalam memastikan pelabur mendapat haknya ke atas nilai dana itu di pasaran.

 

Syarikat amanah diberi kepercayaan untuk memantau perjalanan pelaburan sesebuah dana itu.

Terdapat dua jenis unit trust yang utama iaitu:

  • Harga seunit tidak berubah iaitu kekal RM1.00, cotohnya ASB.
  • Harga seunit berubah-ubah mengikut nilai set bersih seharian.

 

Berdasarkan ‘track record’ dividen ataupun pulangan melabur, ada unit trust yang menjanjikan pulangan yang berkali ganda yang diberikan oleh bank untuk simpanan tetap (fixed deposit). Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa setiap pelaburan itu dijamin untung.

 

Pelbagai kaedah dab tujuan kita melabur di dalam Unit Trust Swasta

Antaranya adalah:

  1. Melabur menggunakan duit KWSP – Untuk dana pencen bagi staf di sector swasta.
  2. Melabur secara lump sum – Untuk dinikmati sebelum pencen ataupun semasa pencen.
  3. Melabur secara potongan dari akaun bank secara bulanan.
  4. Melabur untuk Sistem Pencen Kedua (Public Retirement Scheme – PRS).
  5. Tabung Pendidikan Anak-anak.

 

Di dalam pelaburan Unit Trust yang harganya beubah-ubah, antara yang penting untuk kita ketahui adalah:

No Maklumat Yang Perlu Diketahui Dan Difahami
1 Mandat Pendapatan (Income Mandate) dan Mandat Modal (Capital Mandate)
2 Kos Pemurataan Ringgit (Ringgit Cost Averaging)
3 Beza antara Switching dan Redeem
4 Sekurang-kurangnya 3-5 tahun perlu dilabur
5 Caj servis yang dikenakan

 

Konsultan Unit Trust yang bagus, memberikan kita pendidikan asas sekurang-kurangnya untuk menerangkan tentang perkara di atas. Penting untuk kita memahami perkara-perkara asas ini supaya dapat memaksimumkan peluang membuat keuntungan di dalam unit trust.

 

Agent Unit Trust yang tak ikut FINANCIAL RULES atau yang agak mata duitan, mengelakkan untuk menceritakan perkara di atas, kerana tujuan dia datang berjumpa kita hanya kerana mahu dapat komisen sahaja, bukannya mendidik pelanggan untuk memahaminya.

 

Melabur di dalam Unit Trust memerlukan kita melabur sekurang-kurangya tiga hingga lima tahun, supaya peluang tinggi untuk kita membuat untung. Seperti kita tanam pokok durian yang sudah berbuah dan mengeluarkan hasil … pasti mampu menanggung kos tanam dan kos beli tanah.

 

Tahun pertama pelaburan kadangkala ia hanya dapat menampung kos caj servis. Itu yang sebaiknya pelaburan di dalam Unit Trust adalah untuk dana persaraan, pendidikan anak-anak, atau dana untuk deposit beli hartanah.

 

Di dalam memilih dana, ambil kira juga dana yang memberikan perlindungan takaful untuk kematian ataupun kemalangan. Ada dana yang sekirannya kita mati, keluarga kita dapat satu kali ganda daripada nilai duit pelaburan bersih pada hari ini.

 

Ada syarikat Unit Trust yang menawarkan TAKAFUL serta WASIAT PERCUMA untuk pelabur yang membuat pelaburan melebihi tahap tertentu yang mereka tetapkan.

 

*********************************************

Anda dijemput ke “COACHING KEWANGAN ANDA”.

Dalam coaching  ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.

Apa yang anda dapat pelajari:

1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth
3) Maklumat Tentang Takaful
4) Strategi Melunaskan Hutang
5) Merancang Persaraan

 

Coaching ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.

Maklumat:-

Venue : Ampang Business Center

Waktu : 9.30am to 1pm

Fee : RM25

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.

 

 

 

 

 

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*