GAM Nazri CFP
COACH Zarina IFP
APPRENTICE Nizam
VISI :
Membantu Masyarakat Menyusun PROFIL KEWANGAN mantap Untuk Power KEWANGAN & Power PELABURAN.
MISI :
- Melahirkan Dan Mendidik Generasi Muda Yang Celik ILMU PERANCANGAN KEWANGAN MENYELURUH Untuk Menjadi JUTAWAN.
- Menyediakan Platform Kepada Apprentice Untuk ILMU KEWANGAN dan ILMU PELABURAN.
- Menambah jumlah USAHAWAN Di Kalangan Masyarakat.
- Menambah Pemilikan HARTANAH Di Kalangan Masyarakat.
- Satu Keluarga Satu Perancang Kewangan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog kami. Nama saya Haji Mohd Nazri Bin Md Salleh. Lebih dikenali sebagai Nazri CFP dikalangan Perunding Kewangan. Saya menerima pendidikan di MRSM dan meneruskan pengajian dalam bidang Perakaunan di United Kingdom dan mendapat pengiktirafan CFP (Certified Financial Planner) pada tahun 2009 dan IFP (Islamic Financial Planner). Memulakan kerjaya di Malaysian International Shipping Corporation (MISC) dan seterusnya di Motorola Malaysia.
Menyedari hakikat kepentingan Pengurusan Kewangan, dan betapa ramai daripada rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang gagal untuk merancang kewangan mereka, saya telah memilih untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang PERUNDING KEWANGAN ISLAM yang merangkumi perkhidmatan Unit Trust, Takaful, Cukai, Zakat, Hibah dan Wasiat sepenuh masa pada tahun 2004.
Memandangkan saya juga mempunyai ilmu dan perniagaan berasaskan internet, saya cuba untuk memaksimumkan pengedaran maklumat berkenaan dengan pengurusan kewangan melalui laman facebook, web serta blog.
Terima kasih kepada isteri saya Puan Hajjah Zarina Binti Jamaludin @ Baharum serta keluarga yang banyak membantu, menyokong dan memahami career saya. Puan Hajjah Zarina juga merupakan seorang COACH & PAKAR MOTIVASI kepada adik-adik & anak-anak kami. Beliau mahir di bidang Perakaunan & Analisa Kewangan serta mendapat pengiktirafan IFP (Islamic Financial Planner).
Harapan dan doa saya agar perkongsian ini memberi manfaat untuk anda semua. InsyaAllah.
Ikhlas Dari,
Nazri CFP, IFP
Group Agency Manager (GAM)
p/s: Jemput “LIKE” facebook fanpage www.fb.com/KewanganAnda
Mak Jerung , Nazri CFP , Zarina IFP
Zarina IFP & Haji Asri – Invest Like A Pro
IYCSB Team
NZM Advisors
Pejuang Hartanah
Apprentice Nizam In Action
Double Qualifier
Created Double Qualifier
Top Group Sales Producer
DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.