HRD Corp Claimable Course adalah program khusus yang dirancang untuk membantu majikan dalam melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka sesuai dengan keperluan operasi dan perniagaan.
SOKONGAN HRD CORP :-
Membiayai latihan dalaman (Inhouse Training) atau awam (Public Training) untuk tempoh minimum tujuh (7) jam
Kos lain yang boleh dituntut seperti:
- Elaun Makan
- Elaun Harian
- Bahan Latihan Yang Boleh Digunakan
- Pakej Sewa Hotel ATAU Tempat Sewa Latihan
- Tiket Penerbangan ATAU Pengangkutan
HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT ACT 2001
Siapa yang layak mendaftar dengan HRDF (PSMB)?
Bermula 1 Mac 2021, akses ke HRDF diperluas ke semua industri. Firma dengan 10 atau lebih pekerja tempatan wajib mendaftar, sementara syarikat dengan 5 hingga 9 pekerja tempatan mempunyai pilihan untuk mendaftar.
Mana-mana majikan yang dikehendaki mendaftar tetapi belum mendaftar dengan HRDF boleh dikenakan denda hingga RM10,000 dan/atau menghadapi hukuman penjara hingga satu tahun.
IN HOUSE TRAINING
LATIHAN DIJALANKAN DALAM SYARIKAT
Biasanya latihan ini diperlukan untuk tajuk yang ramai dalam syarikat memerlukannya seperti Safety, ISO, First Aid, Soft Skills, Taxation, E-Invoicing dan lain-lain.
Maximum yang HRD benarkan adalah RM6,000 sehari untuk maximum 35 orang peserta. Jika peserta lebih daripada yang dibenarkan, syarikat boleh mohon untuk lebih satu hari latihan.
In House Training mudah dijalankan kerana tidak memerlukan untuk menempah lokasi latihan dan berurusan dengan banyak syarikat.
PUBLIC TRAINING
LATIHAN DIJALANKAN LUAR SYARIKAT
Public Training selalu diperlukan syarikat yang mencarum untuk tajuk yang tidak memerlukan ramai untuk hadir. Contoh latihan di bawah Public Training ialah HR Training, Account and Finance Training, Top Management Training dan lain-lain.
HRD memberi sehingga RM1,300 untuk setiap orang yang hadir ke Public Training. Training dijalankan luar syarikat dan dihadiri oleh lebih dari satu syarikat selalunya.
Public Training boleh dilaksanakan dengan perancangan yang jelas dan ambil masa yang lama kerana melibatkan masa untuk membuat pemasaran dan mengumpulkan peserta.
Leave a Reply