Menentukan Kedudukan Kewangan Sekarang

Tujuan Utama latihan ini ialah untuk mengira:-

1- Nilai bersih anda (Aset ditolak Liabiliti)

2- Alir Tunai Bersih Anda (Pendapatan Ditolak Perbelanjaan)

Formatnya sama spt di kaedah pertama cuma sekarang “ASET” digantikan dgn “Pendapatan” manakala “LIABILITI” dgn “Perbelanjaan”. Anda boleh meyediakan mengikut bulanan ataupun tahunan. Buat masa ini mungkin memadai dgn mencongak sahaja tetapi utk lebih tepat anda perlu menyimpan rekod sekurang-kurangnya 3 bulan.

Menilai kedudukan alir-tunai boleh membantu anda menilai 4 isu :
a) Kebolahan anda utk menyimpan wang
b) Gaya hidup yg boleh anda turuti dgn selesa
c) Sama ada anda hidup di atas hutang atau tunai sebenar
d) Menyiasat kes-kes yg luar dr kebiasaan misalnya bil elektrik atau telefon yg terlalu tinggi

Sekiranya anda dapati bahawa nilai bersih dan alir tunai anda agak kronik (negatif) seorang perancang kewangan boleh membantu anda mengaudit kedua-dua “penyata akaun” di atas serta memimpin (coach) anda utk membaik-pulih kedudukan kewangan anda. Cadangan ini admin syorkan kpd anda yg akan atau sudah pun mempunyai hutang kad kredit yg di luar kawalan.

p/s: Jemput “LIKE” facebook fanpage www.fb.com/KewanganAnda

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

 

Sumber : Bijak Urus Wang, Kunci Bebas Hutang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*