Semua mesti menentukan kedudukan kewangan sekarang.
Tujuan Utama latihan ini ialah untuk mengira:-
1- Nilai bersih anda (Aset ditolak Liabiliti)
2- Alir Tunai Bersih Anda (Pendapatan Ditolak Perbelanjaan)
Formatnya sama spt di kaedah pertama cuma sekarang “ASET” digantikan dgn “Pendapatan” manakala “LIABILITI” dgn “Perbelanjaan”. Anda boleh meyediakan mengikut bulanan ataupun tahunan. Buat masa ini mungkin memadai dgn mencongak sahaja tetapi utk lebih tepat anda perlu menyimpan rekod sekurang-kurangnya 3 bulan.
Menilai kedudukan alir-tunai boleh membantu anda menilai 4 isu :
a) Kebolahan anda utk menyimpan wang
b) Gaya hidup yg boleh anda turuti dgn selesa
c) Sama ada anda hidup di atas hutang atau tunai sebenar
d) Menyiasat kes-kes yg luar dr kebiasaan misalnya bil elektrik atau telefon yg terlalu tinggi
Sekiranya anda dapati bahawa nilai bersih dan alir tunai anda agak kronik (negatif) seorang perancang kewangan boleh membantu anda mengaudit kedua-dua “penyata akaun” di atas serta memimpin (coach) anda untuk membaik-pulih kedudukan kewangan anda. Cadangan ini saya syorkan kpd anda yang akan atau sudah pun mempunyai hutang kad kredit yg di luar kawalan.
p/s: Jemput “LIKE” facebook fanpage www.fb.com/KewanganAnda
Berminat menghadiri SEMINAR KEWANGAN ANDA secara PERCUMA? Sila sms <NAMA PENUH> ke 019-2121210 atau emel ke nazri.cfp@gmail.com
DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.
Leave a Reply