Mengira Aliran Tunai (Cash Flow)

Di dalam menguruskan kewangan, aliran tunai merupakan aspek yang paling penting. Aliran tunai dibahagikan kepada 2 iaitu aliran wang masuk dan aliran wang keluar. Aliran wang masuk adalah wang masuk seperti gaji, royalti, commission, dividen dll dan aliran wang keluar adalah perbelanjaan yang dilakukan seperti shopping, bayar hutang pinjaman, sewa rumah, makan minum dll. Kita perlu menguruskan aliran tunai agar sentiasa positif. Aliran wang masuk hendaklah sentiasa lebih besar daripada aliran wang keluar. Sekiranya berada dalam keadaan negatif kita memang mempunyai masalah kewangan atau pengurusan yang tidak cekap.

Cara terbaik untuk menguruskan aliran tunai adalah dengan merekod setiap aliran wang masuk dan aliran wang keluar. Tanpa rekod yang betul tentu susah bagi untuk mengira jumlah perbelanjaan dan pendapatan kita. Menguruskan aliran tunai juga boleh diibaratkan menguruskan sebuah peniagaan. Setiap urusniaga yang dijalankan harus direkod. Begitu juga kita menguruskan aliran tunai kita.

Contoh rekod perbelanjaan harian.  Klink LINK.

Sila masukkan tarikh dan jenis perbelanjaan yang dilakukan.

*hendaklah diisi setiap hari untuk tujuan rekod aliran tunai keluar

Di dalam era teknologi maklumat tidak begitu susah untuk merekod belajawan seharian. Kita boleh membuat rekod melalui microsoft word atau excel. Terdapat juga software yang menyediakan application untuk menguruskan kewangan, belajawan, pebelanjaan seharian, bulanan mahupun tahunan. Tanpa rekod yang betul kemungkinan wang kita akan hilang tanpa dikesan. Banyak di kalangan selalu merungut “duit habis tetapi satu barang pun tak nampak dibeli”. Maka merekodkan perbelanjaaan adalah jalan penyelesaiannya. Terdapat beberapa software lain yang boleh digunakan. Ada yang free dan ada yang berbayar.

Akhir kata, hargai wang yang anda perolehi. Usah biarkan ianya hilang begitu sahaja. Sekiranya kita bandingkan masa untuk mencari wang dengan masa untuk habiskan wang tentu kita akan terkejut. Mencari wang mengambil masa 1 bulan tetapi menghabiskan wang boleh dilakukan dalam masa 1 hari. Jangan lupa untuk mencuba dan lihat lah hasilnya. Ramai yang telah kami bantu dan ramai orang telah berjaya menjimatkan wang dengan kaedah ini. Selamat mencuba.

Dapatkan “Cash Flow & Networth” Excel Template PERCUMA.

Hubungi saya Nazri CFP di 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com 

>>SEMINAR PENGENALAN PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM<<

Seminar Kewangan Anda merupakan salah satu usaha berterusan pihak kami dalam melahirkan pelabur yang arif dan berpengetahuan dalam pelaburan terutama berkaitan unit amanah (unit trust), takaful dan penulisan wasiat. Selain itu, pihak kami turut meningkatkan tahap kesedaran mengenai pelaburan bijak dan pengurusan kewangan melalui facebook, website, blog, seminar dan bengkel pendidikan pelaburan yang disasarkan untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Minggu ini bagi rakan di Klang Valley kami akan mengadakan

“SEMINAR PENGENALAN PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM”

Hari : Rabu & Sabtu
Masa : 8pm–10pm (Rabu) & 10am-12pm (Sabtu)
Tempat : Cheras Business Center & Shah Alam Section 15

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut.

DAFTAR ONLINE. Sila layari laman web http://bit.ly/DaftarEjen untuk pendaftaran.

____________________________________________________________________________________

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*