MRTT vs MLTT

Hari ni Nizam nak share especially to my friends yang tengah rancang nak beli rumah pertama mereka. Kepada yang sudah memiliki rumah sure pernah dengar atau tahu tentang “Mortgage Reducing Term Assurance / Takaful’ (MRTA / MRTT) dan “Mortgage Level Term Assurance / Takaful” (MLTA / MLTT).

Selalunya bank akan mewajibkan kita ambil MRTA/MRTT ni kalau nak dapatkan loan rumah manakala agent insuran/ takaful lebih prefer kita ambik MLTA / MLTT. Emm… Mana yang lagi bagus sebenarnya?

Hari ni Nizam nak share apa yang Nizam faham dan perbezaannya.

MRTA/MRTT

Sebenarnya kalau berpandukan Bank Negara, TAK WAJIB ambik pun, cumanya pihak bank galakkan kita untuk ambik sebagai jaminan bagi jumlah hutang yang bank beri kepada kita.

Penama bagi plan ni adalah pihak bank sebagai penerima manfaat. Jumlah perlindungan plan ini akan semakin menyusut mengikut baki hutang. Jadinya andai kata kita meninggal dunia sebelum menyelesaikan hutang, pihak bank akan menuntut baki hutang tadi dari pihak insuran/takaful. Rumah tersebut akan menjadi milik penuh waris tanpa perlu nak tanggung baki hutang tersebut.

Andai kata kita berjaya menyelesaikan penuh hutang tersebut, tiada sebarang pulangan yang kita atau waris akan terima.

Kelebihan plan ini lebih murah berbanding MLTA/MLTT tetapi dibayar secara lump sum dan melibatkan jumlah yang agak besar. Jadinya ianya akan membebankan kita utk cari jumlah lump sum. Ada jugak bank yang boleh masukkan kos MRTA/MRTT ini tadi dalam amount housing loan kita. So tak perlu dah nak bayar lump sum, cumanya jumlah loan rumah kita akn bertambah dan bayaran bulanan loan akan menjadi lebih tinggi dari yang sepatutnya disebabkan penambahan kos ini.

So bagi yang mampu membayar lump sum serta nak plan yang cost effective boleh ambik MRTA/MRTT.

MLTA/MLTT

Melibatkan kos yang agak sedikit mahal berbanding MRTA/MRTT dan boleh dibayar secara tahunan/setengah tahun atau bulanan. Penama bagi plan ini adalah waris kita sebagai penerima manfaat. Jumlah perlindungan pula akan kekal walaupun baki hutang rumah makin menyusut setiap tahun.

Sebagai contoh, kita ambil loan rumah berjumlah RM 500k dan meninggal pada ketika loan berbaki lagi RM 300k, pihak insuran/takaful akan menyerahkan jumlah pampasan bernilai RM 500k kepada waris, dan waris boleh lah menyelesaikan baki loan berjumlah RM 300k dan memiliki rumah tersebut berserta baki cash RM 200k yang boleh digunakan sebagai sara hidup / menyelesaikan hutang2 lain si mati / membayar kos pengagihan harta & sebagainya.

Dalam erti kata lain, sambil kita melindungi hutang rumah, sambil kita mengambil perlindungan takaful untuk waris (2 in 1). Pelan MLTA/MLTT jugak biasanya memiliki cash value yang tidak dijamin jumlahnya sebagai pulangan pada tempoh matang. So andai kata, kita berjaya menyelesaikan hutang rumah, kita akan menerima sejumlah cash value dari plan ni.

Tak salah untuk kita memilih salah satu dari plan ini mengikut kesesuaian & keperluan masing-masing, cumanya bagi Muslim pastikan ia nya MRTT atau MLTT iaitu produk patu syariah.

Ketahui juga cara untuk dapat Takaful secara PERCUMA.

Untuk bakal pembeli rumah, boleh PM  untuk info lanjut & perkhidmatan berkaitan MRTT dan MLTT.

wasap.my/60192121210/MLTT

Ikhlas,

APPRENTICE Nizam

*********************************************************

Anda dijemput ke “COACHING KEWANGAN ANDA”.

Dalam coaching  ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.

Apa yang anda dapat pelajari:

1) Rahsia Membaiki “Cash Flow” Anda
2) Teknik Membina “Net Worth”
3) Maklumat Tentang “Holding Power”
4) 8 Strategi Melunaskan Hutang Rumah Dalam Masa 10 Tahun
5) Merancang Persaraan – Cara Bina “Passive Income”

Coaching ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.

Maklumat:-

Venue : Ampang, Cheras dan Shah Alam

Tarikh : Sabtu

Waktu : 9.00am to 1pm

Fee : RM25   (PERCUMA sebab ada yang sponsor – limited to 10 seats)

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*