Panduan Melabur Dalam Unit Amanah

 

Apa itu unit amanah?

Unit amanah merupakan salah satu produk pelaburan yang popular dalam kalangan pelabur. Ini dapat

dibuktikan dengan adanya 40 buah syarikat pengurusan unit amanah di Malaysia dan 602 dana

unit amanah dalam pasaran. Ini bukanlah suatu yang menghairankan kerana unit amanah merupakan salah

satu cara untuk pelabur yang mempunyai modal minimum untuk melabur dan mempelbagaikan pelaburan mereka.

 

Tetapi, apakah itu unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang

daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh

menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

 

Pengurusan dana

Dana diurus oleh sekumpulan pengurus professional (dikenali sebagai syarikat pengurusan unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrument pasaran wang atau sekuriti-sekuriti lain yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana.

 

Pendapatan

Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

 

Perlindungan untuk pemegang unit

Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam unit amanah dipastikan melalui cara unit amanah itu

dibentuk. Unit amanah sebenarnya satu amanah. Perlindungannya terkandung dalam surat ikatan yang

menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu: 

Ada beberapa sumber maklumat yang perlu anda kaji apabila memilih dana. Sumber tersebut ialah prospektus dana, surat ikatan amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.

 

Baca prospectus

Prospektus merupakan dokumen yang amat penting kerana ia mengandungi matlamat dana, strategi pelaburan dan polisi serta pulangan dan risiko yang diambil. Ia mungkin bahan bacaan yang agak sukar

difahami, tetapi anda perlu membaca dengan teliti untuk memastikan bahawa matlamat pelaburan anda

sama dengan dana tersebut.

 

Kesimpulan

Sebagai pelabur, anda perlu mempertimbang factor berikut ketika memilih dana:

• Objektif pelaburan – pastikan objektif dana dan matlamat pelaburan anda adalah selaras;

• Polisi pelaburan – jenis pelaburan dan strategi yang dibenarkan perlulah selari dengan matlamat dan

toleransi risiko anda;

• Saiz dana dan aliran pertumbuhan;

• Sebarang sekatan pelaburan, seperti pelaburan minimum yang diperlukan;

• Tahap risiko pelaburannya – unit amanah tidak terlepas daripada risiko sepenuhnya;

• Jenis dan jumlah yuran;

• Prestasi lepas jumlah pulangan tahunan, NAV (nilai aset bersih, iaitu nilai bagi setiap unit), nisbah

belanja, dan terutama pembahagian pendapatan kepada pelabur, dan pertumbuhan aset – supaya anda boleh mengukur prestasi dana selama ini;

• Portfolio pelaburan terkini – supaya anda tahu peratusan pegangan bagi setiap jenis aset; dan

• Maklumat berkenaan Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusan utama.

________________________________________________________________________________

Kami ingin meningkatkan tahap kesedaran mengenai pelaburan bijak dan pengurusan kewangan melalui seminar dan bengkel pendidikan pelabur yang disasarkan untuk pelbagai lapisan masyarakat, seperti pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, ibu bapa, wanita dan pekerja kerajaan atau swasta.

Untuk maklumat lanjut tentang Seminar PERCUMA kami, layari www.KewanganAnda.com  , hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau lawati Facebook Fanpage di www.fb.com/KewanganAnda

 

source: Ringgit

 

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.