Penggantian Pendapatan

Apabila menyertai pelan takaful, perlu fokus kepada fungsi utama takaful sebagai perlindungan kewangan sekiranya berlaku malapetaka kewangan, yakni;

  1. Kematian
  2. Lumpuh
  3. Sakit Kritikal

3 perkara di atas, sekiranya berlaku dalam kehidupan seseorang boleh menyebabkan malapetaka kewangan atau financial disaster.

Kerana, jika berlaku salah satu daripada musibah di atas, seseorang akan

  1. Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan,
  2. Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti,
  3. Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.

Bayangkan, bagaimana kita dan/atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.

Solusinya ialah menggunakan plan takaful yang menyediakan jumlah coverage yang menyediakan pampasan yang boleh menggantikan pendapatan pemiliknya sekiranya berlaku salah satu daripada 3 perkara di atas.

Ini adalah guidelines yang boleh kita guna untuk kira keperluan PENGGANTIAN PENDAPATAN.

Sebagai contoh, seseorang yang berusia 30 tahun, dengan pendapatan 5,000 sebulan.

Berikut adalah cara pengiraaan penggantian pendapatan (income protection) sekiranya kita rujuk kepada surah Al Baqarah ;

Gaji tahunan = RM5,000 x 12 bulan = RM60,000

Berikut adalah cara pengiraaan penggantian pendapatan (income protection) sekiranya kita rujuk kepada surah Al Yusuf ;

Gaji tahunan = RM5,000 x 12 bulan x 7 tahun = RM420,000

******************************************************************

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*