Dalam pembentangan Bajet 2017, Perdana Menteri mengumumkan akan memberi insentif RM1,000 seorang bagi remaja-remaja yang berumur antara 20 hingga 30 tahun. Tujuannya bagi menggalakkan golongan remaja menyimpan untuk masa depan.
Syarat untuk mendapat RM1,000 ini.. remaja mesti meyimpan RM1,000 ke dalam Private Retirement Scheme (PRS). Simpan duit sendiri RM1,000, kerajaan akan top-up RM1,000 lagi. Total jadi RM2,000. Simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sehingga umur 55 tahun sama macam KWSP.
Sebagai contoh, sekiranya remaja itu berumur 25 tahun sekarang, selepas 30 tahun tabungan dijangka akan mencecah RM35,000. Cuba ambil Financial Calculator dan tekan sendiri.
Jika remaja itu mampu menyimpan tambahan RM200 sebulan selama 30 tahun, tabungan boleh mencecah RM430,000!
Ni-lah yang dikatakan …the power of “COMPOUNDING” and “TIME HORIZON”.
PRS ini adalah pelaburan persaraan yang sah dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission Malaysia). Permohonan perlulah melalui consultant yang ada lesen PRS sahaja.
Contohnya:-
Public Mutual
Affin Hwang Asset Management Berhad
AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd
AmFunds Management Berhad
CIMB-Principal Asset Management Bhd
Kenanga Investors Berhad
Manulife Asset Management Services Bhd
RHB Asset Management Sdn Bhd
Berikut dikongsikan langkah-langkah melabur di PRS:-
- Pilih penyedia PRS yang disenaraikan di atas
- Buka akaun PRS
PRS ni macam KWSP, simpanan persaraan. Ibarat akaun ke 2 EPF. Duit RM2,000 tu akan beranak pinak dan masa pencen baru boleh keluarkan. Inilah masanya remaja nak dapatkan reward duit bajet kerajaan, tapi untuk rakyat yang belum berumur 31 tahun sahaja ya. Contoh, umur 30 tahun 8 bulan masih layak untuk dapat RM1,000 free tu. Sebab belum masuk 31. Umur ikut tarikh lahir, bukan ikut tahun.
Kalau ada saudara mara, adik, sepupu, atau anak yang berumur 20 – 30tahun sila maklumkan peluang ni. Rugi kalau terlepas, bajet yang diperuntukan ialah rm165 juta sahaja, siapa cepat dia dapat. Cara nak apply ialah kena melalui consultant yang ada lesen PRS sahaja.
Sila share status ni supaya ramai dapat manfaat.
Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut tentang PRS
p/s: Jemput “LIKE” facebook fanpage www.fb.com/KewanganAnda
Berita Di NST tentang Bajet 2017
http://www.nst.com.my/news/2016/10/182235/2017-budget-incentive-increase-prs-contributors
Anda boleh klik link ini untuk melihat senarai Perlepasan Cukai (Tax Relief) :
*********************************************
Anda dijemput ke “COACHING KEWANGAN ANDA”.
Dalam coaching ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.
Apa yang anda dapat pelajari:-
1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth
3) Maklumat Tentang Takaful
4) Strategi Melunaskan Hutang
5) Merancang Persaraan
Coaching ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.
Maklumat:-
Venue : Ampang Business Center
Waktu : 9.30am to 1pm
Fee : RM25 PERCUMA (sebab ada yang sponsor program remaja ini)
Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.
Leave a Reply