PRS RM1,000 Insentif Untuk Remaja

PRS Budget 2017

Untung remaja-remaja sekarang sebab kerajaan akan bagi RM1,000 seorang.  Termasuk anak-anak saya Nizam & Najib.

Dalam pembentangan Bajet 2017, Perdana Menteri mengumumkan akan memberi insentif RM1,000 seorang bagi remaja-remaja yang berumur antara 20 hingga 30 tahun.  Tujuannya bagi menggalakkan golongan remaja menyimpan untuk masa depan.

Syarat untuk mendapat RM1,000 ini.. remaja mesti meyimpan RM1,000 ke dalam Private Retirement Scheme (PRS). Simpan duit sendiri RM1,000, kerajaan akan top-up RM1,000 lagi. Total jadi RM2,000.  Simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sehingga umur 55 tahun.

 

Sekiranya  remaja itu berumur 25 tahun sekarang, selepas 30 tahun tabungan dijangka akan mencecah RM35,000. Cuba ambil Financial Calculator dan tekan sendiri.

Jika remaja itu mampu menyimpan tambahan RM200 sebulan selama 30 tahun, tabungan boleh mencecah RM430,000!

Ni-lah yang dikatakan …the power of “COMPOUNDING” and “TIME HORIZON”.

 

PRS ni macam KWSP, simpanan persaraan. Ibarat akaun ke 2 EPF. Duit RM2,000 tu akan beranak pinak dan masa pencen baru boleh keluarkan.  Inilah masanya remaja nak dapatkan reward duit bajet kerajaan, tapi untuk rakyat yang belum berumur 31 tahun sahaja ya.  Contoh, umur 30 tahun 8 bulan masih layak untuk dapat RM1,000 free tu. Sebab belum masuk 31. Umur ikut tarikh lahir,  bukan ikut tahun.

 

Kalau ada saudara mara, adik, sepupu, atau anak yang berumur 20 – 30tahun sila maklumkan peluang ni. Rugi kalau terlepas, bajet yang diperuntukan ialah rm165 juta sahaja, siapa cepat dia dapat.  Cara nak apply ialah kena melalui consultant yang ada lesen PRS sahaja.
Sila share status ni supaya ramai dapat manfaat.

 

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut

 

 

p/s: Jemput “LIKE” facebook fanpage www.fb.com/KewanganAnda

Berita Di NST tentang Bajet 2017

http://www.nst.com.my/news/2016/10/182235/2017-budget-incentive-increase-prs-contributors

Infigrafik : iMoney

 

 

 

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*