Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Nizam Review His Loan Agreement

Perhatian untuk anak-anak dan adik-adik yang belum memiliki rumah pertama. Kat sini share sedikit info yang kami dapat dari banker kami Cik Bella.  Skim Rumah Pertamaku (SRP) ni adalah mula di war-warkan dalam pembentanga balajawan dan ianya adalah kerjasama antara MOF (Ministry of Finance), BNM, Cagamas dan beberapa buah bank.

Untuk skim ini semua MOF (Margin of Finance) adalah 100%.. kalau anak-anak or adik-adik apply rumah pertama tapi dapat loan 90% sahaja maka itu tak termasuk dalam Skim Rumah Pertamaku (SRP).

Siapa Yang Layak Apply SRP ?

1. Semua kakitangan swasta dan badan berkanun yang tidak layak untuk apply “Government Loan”.

2. Ini tak termasuk kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak.

3. Juga tak termasuk yang bekerja sendiri..

Apa Syarat-Syarat ?

1. Mestilah rumah pertama dan tujuan untuk “own stay” bukan untuk tujuan sewa/investment.

2. Subsales/Undercon (untuk lelong boleh tapi tetap perlu dahulukan 10%).

3. Umur tak boleh melebihi 40 tahun masa nak apply SRP.

4. Harga rumah dari minima RM100k – RM500k maksima.

5. Income tidak melebihi RM5k atau pun kalau join loan tidak melebihi RM10k.

6. DSR tidak melebihi 60% daripada gaji bersih.

7. Maksima 35 tahun ataupun umur tidak melebihi 65 tahun.

8. Warganegara Malaysia sahaja.

Soalan Lazim

1. Kalau suami dah ada rumah isteri belum ada, nak apply SRP join name sebab gaji tak cukup.. boleh tak?
~ Hanya isteri sahaja yang layak lagi, suami tak layak sebab dah ada rumah.

2. Bank mana yang terlibat?
~ Most of the bank.. lebih kurang ada 14 bank offer skim SRP ni ok. Boleh check link bawah ni
http://www.srp.com.my/bm/bank.html

3. Kalau saya kerja government boleh dapat tak 100% SRP?
~ Tak Boleh…  sebab government staff layak untuk apply government loan 100% di bawah LPPSA

4. Suami kerja government, isteri kerja swasta, boleh apply SRP join name tak?
~ Tak Boleh… hanya isteri sahaja yang layak

5. Belum berkahwin, masih bujang boleh apply SRP tak?
~ Boleh… berkahwin bukan syarat untuk apply SRP.. bujang ka, dara ka, janda ka, duda ka semua boleh…

6. Gaji RM4.5k tapi DSR tinggi, nak campur Div ASB so gaji jadi RM5.5k.. boleh tak apply?
~ Tak Boleh…  sebab income dah lebih dari 5k.. syarat mesti 5k maksima sahaja..

7. Gaji suami RM7k Isteri RM2.5k, boleh tak nak apply SRP ni kalau join loan?
~ Boleh, asalkan income bersama (kombinasi/join) tak melebihi RM10k..

8. Untuk SRP ni Legal Fee (LF) dan Valuation Fee (VF) boleh masuk (capitalised) dalam financing tak?
~ Untuk SRP bank akan provide 100% + 5% dan portion 5% tadi hanya untuk MRTA/T sahaja.. which means tak boleh nak capitalised untuk LF dan VF..

9. MRTA/T wajib atau tidak?
~ Ini tertakluk kepada bank yang meluluskan financing tersebut.. Cagamas hanya mewajibkan untuk ambil Fire Insurance/Takaful sahaja

10. Islamik atau Konvensional?
~ Keduanya boleh.. takde masalah.. tetapi  disarankan untuk Muslim, please pilih Islamik. Kalau ada bank yang offer konvensional sahaja, please pergi ke next bank ya.

11. Kalau nak letak SPA 2 nama tapi loan satu nama sahaja boleh ke?
~ Tak boleh… hanya untuk First Party sahaja.. maksudnya, kalau loan 1 nama SPA mesti 1 nama, begitu juga sebaliknya..

* Thank you and credit to Bella yang banyak share info tentang financing. Teruskan perkongsian & perjuangan Bella. Boleh follow Bella di link ini

Untuk maklumat lanjut boleh ke website SRP..
http://www.srp.com.my/bm/

Kalau tak faham boleh tukar ke bahasa inggeris
http://www.srp.com.my/en/

Untuk soalan lazim yang lain boleh juga rujuk d
http://www.srp.com.my/bm/faq.html

Boleh SHARE jika manfaat.

Semoga ALLAH permudahkan perancangan dan perjuangan kita semua. Ameen.

*********************************************************

Anda dijemput ke “COACHING KEWANGAN ANDA”.

Dalam coaching  ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.

Apa yang anda dapat pelajari:

1) Rahsia Membaiki “Cash Flow” Anda
2) Teknik Membina “Net Worth”
3) Maklumat Tentang “Holding Power”
4) 8 Strategi Melunaskan Hutang Rumah Dalam Masa 10 Tahun
5) Merancang Persaraan – Cara Bina “Passive Income”

Coaching ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.

Maklumat:-

Venue : Ampang, Cheras dan Shah Alam

Tarikh : Sabtu

Waktu : 9.00am to 1pm

Fee : RM25   (PERCUMA sebab ada yang sponsor – limited to 10 seats)

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*