Cara Menganalisis Laporan Kewangan Syarikat

Perakaunan adalah bahasa perniagaan, dan sangat penting untuk menilai diri sendiri sebagai individu dan sebuah syarikat.  Untuk individu kami membantu masyarakat bina PROFIL KEWANGAN mantap supaya Power Kewangan dan Power Pelaburan.

Untuk berjaya dalam perniagaan dan menjadi pelabur bijak, kita mesti memahami nilai-nilai asas kewangan sesebuah perniagaan. Coaching minggu ini, team kami akan focus kepada Pensyarikatan, Perakaunan dan paling penting adalah “Business Financial Management (BFM)”.

Perakaunan merujuk kepada laporan penyata kewangan syarikat. Pasaran saham sedunia sama ada di pasaran saham Malaysia, Hangseng, Nikkei dan sebagainya mewajibkan syarikat tersenarai menerbitkan laporan kewangan bagi menilai kekuatan dan kelemahan syarikat tersebut.

Justeru, pelabur jangka masa sederhana dan panjang tidak dapat lari daripada meneliti laporan kewangan yang diaudit kerana itulah sumber-sumber yang ada untuk menilai sesebuah perniagaan sama ada berbaloi untuk dilaburkan atau tidak.

Laporan kewangan juga merupakan Report Card untuk menilai pengurusan syarikat. Dalam bahasa mudahnya, pelajar universiti dinilai prestasi mereka melalui CGPA dan pelajar sekolah pula dinilai daripada prestasi mereka melalui keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jenis-jenis laporan kewangan yang mesti diteliti dan dianalisis secara terperinci seperti berikut:

Penyata Laporan Kunci Kira-Kira (Balance Sheet)

Ia menggambarkan tentang status aset, liabiliti tanggu­ngan serta kedudukan ekuiti pelabur. Laporan perlu dikaji kedudukannya dan ia tidak boleh dipandang ringan.

Penyata Laporan Aliran Tunai (Cash Flow Statement)

Penyata ini diibaratkan sebagai nadi atau nafas bagi sesebuah syarikat. Syarikat mungkin mencatatkan keuntungan tetapi berkemungkinan mempunyai masalah aliran tunai menyebabkan kedudukan kecairan tunai yang berpotensi boleh membuatkan syarikat mengalami kesukaran untuk beroperasi.

Penyata Laporan Untung Dan Rugi (Profit And Loss Accounts)

Penyata untung rugi sudah semestinya mudah difahami. Ia menggambarkan kedudukan untung atau rugi syarikat. Perlu diingatkan bahawa walaupun perolehan syarikat menguntungkan, ia tidak semestinya boleh menyumbang positif kepada strategi perniagaan syarikat.

Setiap syarikat yang disenaraikan di pasaran saham wajib menyediakan sekurang-kurangnya tiga penyata seperti yang diterangkan tadi dan ia perlu diaudit oleh juruaudit yang bertauliah.

Walaupun laporan kewangan tersebut diaudit, kadangkala ia terlepas pandang dan terdedah kepada risiko penipuan dan pemalsuan. Kadang­kala ia mengambil masa yang panjang untuk didedahkan sehingga mengambil masa dua hingga tiga tahun seperti skandal kewangan yang diketahui umum di peringkat antarabangsa iaitu Enron, Satyam dan World.Com.

Laporan kewangan juga memberi petunjuk tentang pengurusan syarikat (CEO dan lembaga pengarah) sama ada mereka mampu meneruskan kecemerlangan syarikat.

Kesilapan Yang Sering Dilakukan Oleh Pelabur :-

  • Tidak tahu menterjemahkan laporan kewangan syarikat untuk menggambarkan kekuatan dan kelemahan sesebuah syarikat.
  • Hanya melihat kepada satu sudut laporan kewangan. Kebanyakan pelabur kebiasaan hanya melihat Penyata Untung Rugi syarikat kerana hanya itu laporan kewangan yang mudah difahami.
  • Tidak membandingkan laporan kewangan syarikat dengan syarikat yang beroperasi di dalam industri yang sama. Contohnya, membandingkan syarikat-syarikat yang terlibat di dalam pembuatan sarung tangan seperti Hartalega, Topglove, Kossan, Supermax lalu membuat pilihan syarikat yang terbaik.

Sebagai rumusan, para penganalisis telah mengeluarkan Nisbah Kewangan sebagai indeks prestasi utama (KPI) untuk mengukur kemampanan dan “Going-Concern” sesebuah syarikat. Nisbah kewangan ini mempunyai penanda aras sendiri.

Nisbah kewangan yang terkenal dan selalu diguna pakai ialah P/E Ratio, Dividend Yield, Profit Margin dan sebagainya. Topik tentang nisbah kewangan akan diterangkan dalam coaching dan posting akan datang ya.

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*