1) Zakat Pendapatan
Dua cara untuk mengira zakat pendapatan:
Cara 1 : (Membayar 2.5% atas pendapatan kasar setahun)
Contoh :
Jika pendapatan kasar setahun ialah RM33,800 maka zakat ialah :
2.5% x RM33,800 = RM845 setahun.
Cara 2 : (Membayar setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan)
Contoh :
Jika pendapatan setahun RM33,800 dan perbelanjaan – perbelanjaan asasi dan wajib setahun ialah RM20,800 maka, zakat adalah 2.5% atas RM13,000 = RM325 setahun.
2) Zakat Wang Simpanan
2.5% atas baki terendah sesuatu tahun semua jenis simpanan, kalau baki terendah tersebut bersamaan atau lebih dari nisab.
Contoh :
Kalau jumlah simpanan terendah dalam sesuatu tahun ialah RM40,000, maka zakat ialah:
2.5% x RM40,000 = RM1000 setahun.
3) Zakat Perniagaan
2.5% atas harta perniagaan yang layak dizakat yang bersamaan atau melebihi nisab.
Harta perniagaan yang layak dizakat ialah : (harta semasa bersih + pelaburan jangka pendek didarab dengan 2.5%). Secara praktik, lihat pada kunci kira-kira perniagaan. Jika pemegang saham berkongsi dengan bukan Muslim, ambil kira peratus milik muslim sahaja dalam harta tersebut.
4) Zakat Saham
2.5% atas nilai terendah sesuatu tahun semua saham (setelah ditolak hutang atas saham-saham tersebut), kalau nilai tersebut tidak kurang dari nisab.
5) Zakat Emas & Perak
2.5% atas nilai emas semasa yang dipakai/disimpan setahun (dengan syarat tidak kurang dari paras nisab). Bagi emas perhiasan yang disimpan, nisabnya 85 gram.
Contoh :
=105 gram emas yang disimpan. Jadi 105 gram melebihi nisab(85 gram).
=105gram x RM115.20(*harga semasa 1 gram emas)
=RM12,096 x 2.5%
=RM302.40 (zakat yang dikenakan).
Manakala emas yang dipakai urufnya 200 gram.
Contoh :
=250gram emas yang dipakai. Jadi 250gram melebihi uruf(200 gram).
=250gram – 200gram
=50 gram x RM115.20(*harga semasa 1 gram emas)
=RM5760 x 2.5%
=RM144.00 (zakat yang dikenakan).
Bagi zakat perak, zakat dikenakan sekiranya melebihi nisab (595 gram).
Contoh :
=1000gram (melebihi nisab zakat perak) x RM4.00(*harga semasa 1gram perak)
=RM4000 x 2.5%
=RM100.00(zakat yang dikenakan)
6) Zakat Pertanian (Padi)
10% atas nilai tanaman-tanaman yang layak dizakat seperti padi dan biji-bijian dan buah-buahan pada masa ia dituai sekiranya melebihi nisab yang telah ditetapkan.
Contoh :
Padi : Nisabnya 450 gantang @ 1,620 kg. Lazimnya zakat dibayar secara wang tunai dan bukan hasil tanaman.
Untuk tanaman-tanaman yang lain atau buah-buahan, secara praktik bolehlah diguna nisab 85 gram emas iaitu RM3,000. Kalau nilai lebih dari nisab, baru dikenakan zakat. Zakat atas hasil tanaman dikenakan sebanyak 10% jika disirami menggunakan air hujan atau sungai (sumber semulajadi) dan sekiranya diairi dengan pengairan secara tersusun (seperti taliair) dikenakan atas 5% sahaja.
7) Zakat Ternakan
Kadarnya bergantung kepada jenis haiwan yang diternak.
Contoh :
i) Lembu, 30 ekor, zakatnya seekor anak lembu (1 tahun) ; 40 ekor, zakatnya seekor lembu ; 60 ekor, zakatnya 2 ekor anak lembu ; 70 ekor, zakatnya seekor lembu dan seekor anak lembu.
ii) Kambing, 40 ekor hingga 120 ekor, zakatnya seekor kambing ; 121 hingga 200, zakatnya 2 ekor kambing.
Zakat KWSP
Caruman wang pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Terdapat dua pendapat di dalam pengiraan zakat KWSP iaitu:
1. Milik Tak Sempurna
Mengikut pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika bersara atau mengeluarkan sebahagian wang daripada KWSP semasa cukup umur atau tempoh yang telah ditetapkan. Kadarnya adalah 2.5%. Sebagai contoh, jika pencarum mengeluarkan wang sebanyak RM100,000 maka zakatnya, adalah RM2,500. (Sebagai makluman, Pusat Pungutan Zakat menggunakan pandangan ini dalam pengiraan zakat KWSP)
2. Milik Sempurna
Mengikut pandangan ini, wang yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja iaitu tidak termasuk caruman majikan). Ini bermakna ianya wajib dikeluarkan zakat pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syaratnya walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung KWSP. Kadarnya adalah 2.5% apabila caruman melebihi nisab.
Contohnya seseorang yang mempunyai caruman bahagiannya sebanyak RM100,000 x 2.5% (kadar zakat) = RM2,500 bayaran zakat bagi tahun tersebut.
Sumber : Pusat Zakat Negeri Sembilan
http://www.zakatns.com.my/ver4/info-zakat/cara-kira-zakat
KALKULATOR ZAKAT
http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/
Selamat mengira dan membayar Zakat. Semoga harta dan kekayaan yang dimiliki diberkati
Leave a Reply