Nak Buat Amanah, Wasiat Atau Hibah ?

Bila buat HRDC Training topik “PRE-RETIREMENT PLANNING”, perbincangan dan pertanyaan dari para peserta banyak tentang perancangan pewarisan. Cara nak buat dokumen seperti hibah untuk rumah yang masih ada pinjaman, wasiat, harta sepencarian, amanah etc.

Nak Buat AMANAH, WASIAT atau HIBAH ?

1. Ramai nak buat perancangan harta pusaka tapi keliru perlu wasiat atau hibah. Akhirnya langsung tak mula. Makin keliru bila cari sendiri sumber ilmu.

2. Pernah dengar Solusi Amanah (Trust) – pelan mudah tapi padat ?

3. Amanah ni ialah satu instrumen perancangan harta juga. Pemilik aset (settlor) menyerahkan harta tertentu kepada pemegang amanah (trustee) untuk diurus dan disalurkan mengikut syarat yang ditetapkan dalam surat ikatan amanah (trust deed) bagi manfaat penerima (benefisiari). Dan yang paling menarik, diri sendiri pun boleh jadi benefisiari!

4. Kenapa Pilih Instrumen Amanah?

️- Pentadbir & Pemegang Amanah Profesional (Akta Amanah 1949) – sentiasa ada, sedia dan berupaya.

️- Harta boleh terus guna – tak beku dan lalui proses pusaka yang rumit.

️- Fleksibiliti & Kawalan – Pemilik boleh tetapkan bila dan bagaimana harta diagihkan — contohnya secara bulanan untuk anak kecil, atau hanya bila mencapai umur tertentu atau bila kita sakit teruk yang tak boleh beri arahan lagi!

️ – Lindungi Benefisiari – anak bawah umur, anak istimewa (OKU), pasangan yang tidak mahir urus kewangan & juga untuk diri sendiri jika dalam koma dan sebagainya.

️- Benefisiari siapa sahaja – waris atau bukan waris, juga untuk bayar hutang dan amal jariah.

️- Benefisiari tak perlu keluarkan kos pembahagian.

5. Kesimpulan:
Amanah adalah alternatif mudah, praktikal dan fleksibel bagi sesiapa sahaja yang mahu pastikan orang tersayang terus terbela tanpa beban birokrasi pusaka. Dan juga untuk diri sendiri! Jom kita bincangkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*