Seperti yang diterangkan secara ringkas di atas tadi, perlindungan peril khas (penuh) memberi perlindungan untuk kerosakan kereta akibat kejadian bencana alam seperti banjir, ribut, taufan, tanah runtuh, pokok tumbang dan sebagainya.
Perlindungan ini dapat membantu anda sebagai pemegang polisi mendapatkan pampasan atas kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti yang disenaraikan dalam polisi insurans kereta atau motor.
Pada kebiasaannya, premium bagi 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟎.𝟓% 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐢𝐧𝐬𝐮𝐫𝐚𝐧𝐬𝐤𝐚𝐧. Jadi, contoh jika jumlah yang diinsuranskan adalah bernilai RM50,000, maka anda perlu membayar premium tambahan sebanyak RM250 untuk mendapatkan perlindungan ini.
Berbeza dengan peril khas terhad pula, insurans tambahan ini hanya memberi perlindungan untuk kerosakan kereta akibat banjir dan ribut taufan sahaja. Bermakna, perlindungan yang diberikan tidaklah penuh seperti peril khas biasa.
Premium yang perlu dibayar juga adalah lebih murah iaitu lebih kurang 0.25% daripada jumlah yang diinsuranskan. Bermakna, jika jumlah yang diinsuranskan adalah bernilai RM50,000, maka anda perlu membayar premium sebanyak RM125 sahaja untuk mendapatkannya.
Fahami contoh senario:
Alu menginsuranskan kenderaannya pada nilai RM50,000. Dia mempunyai pilihan untuk membeli perlindungan tambahan peril khas penuh atau perlindungan peril khas terhad. Jika dia memutuskan untuk membeli perlindungan peril khas terhad, maka dia perlu membayar sebarang kos pembaikan yang lebih tinggi daripada jumlah diinsuranskan bagi peril khas terhad, seperti yang diterangkan dalam jadual di bawah.

𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐥𝐨𝐢 𝐤𝐞 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐥 𝐤𝐡𝐚𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝?
Sekadar peringatan untuk anda. Jika anda memilih untuk mengambil peril khas terhad, secara tidak langsung anda mungkin tidak akan mendapat pampasan penuh jika berlaku sesuatu pada kenderaan anda akibat kejadian bencana alam. Ini kerana insurans ini tidak melindungi semua kejadian bencana alam seperti peril khas (penuh).
Jadi sebaiknya jika anda ada bajet yang mencukupi, dapatkan sahaja perlindungan peril khas (penuh) kerana ia lebih selamat dan tidak akan merugikan anda. Biarpun perlu bayar lebih mahal sedikit, namun ia akan memberikan perlindungan yang lebih meluas buat kenderaan anda.
Tetapi jika anda kekurangan bajet, dapatkanlah sahaja perlindungan peril khas terhad. Sekurang-kurangnya anda boleh membuat tuntutan jika berlaku kerosakan kereta akibat banjir. Ingat ya, kos pembaikan kereta rosak akibat banjir sangat mahal. Ada yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.
Jadi, tidak salah jika anda bersiap sedia. Orang kata lebih baik sediakan payung sebelum hujan, berbanding menyesal di kemudian hari, kan?!
Credit : Athirah Hanapiah
Leave a Reply