Dalam pelaburan Unit Trust ini, keuntungan terbahagi kepada dua iaitu :
- Kenaikan Harga ( Pertumbuhan Modal)
- Dividen
Kenaikan harga adalah keuntungan yang diperolehi dari kenaikan harga seunit setiap dana yang digunakan dari semasa ke semasa. Keuntungan akan diperolehi apabila kita menjual unit kita pada waktu yang betul iaitu pada harga seunit kita itu mahal. Apabila harga seunit rendah, ia adalah masa yang sesuai untuk membeli atau menambah unit kita . Tetapi sekiranya harga seunit menurun, anda tidak perlu risau kerana kita tidak akan mengalami kerugian selagi anda tidak menjualnya.
Apabila dana mendapat keuntungan, dividen akan diagihkan kepada pelabur. Dan pelabur perlu tahu dividen tidak semestinya di beri dalam bentuk tunai tetapi turut diberi dalam pertambahan unit dalam setiap pelaburan kita.
Sedia membantu …..Nazri CFP, 019-2121210
Leave a Reply