Lebih separuh beban hutang rakyat Malaysia berpunca dari kegagalan mengurus kewangan dengan baik;
22.8% berpunca dari perancangan kewangan yang lemah. Saya sarankan agar kita menghadiri seminar dan tambah ilmu perancangan kewangan islam. Ada beberapa kursus dan seminar yang dianjurkan oleh IBFIM dan Bank Negara Malaysia seperti IFP dan CFP.
18.1% pula berpunca dari kos perubatan yg tinggi, dan 1.4% berpunca dari kematian pasangan. Ini dapat diatasi dengan kebijaksanaan melalui pengurusan takaful, untuk menyerap kos perubatan yang tinggi melalui plan takaful medical card. Juga merancang plan pengggantian pendapatan (Income Replacement) melalui plan polisi takaful untuk suami-isteri. Dengan hanya memperuntukkan sekitar 5% ke 10% dari gaji bulanan, ia dpt menyelesaikan kesulitan kos perubatan, sakit kritikal dan kematian pasangan di kemudian hari.
11.1% pula berpunca dari hutang kad kredit. Sebenarnya ia dapat diatasi dengan berhati-hati mengguna kredit. Caj bank ke atas kad kredit adalah yang paling tinggi berbanding perkhidmatan lain seperti hutang peribadi (personal loan), hutang kereta atau hutang rumah. Ia boleh mencecah hingga 18% setahun, satu jumlah yang sangat tinggi.
4.4% berpunca dari kos sara hidup meningkat, dan 4.1% berpunca dari komitmen kewangan yg tidak dijangka. Ia dapat ditangani dengan baik dengan membuat persediaan awal melalui simpanan di instrumen rendah risiko. Masalah utama rakyat Malaysia ialah tidak berdisiplin dalam membuat simpanan.
Akhir sekali, 1.1% berpunca dari kegagalan pelaburan. Perkara ini dapat diatasi melalui pelaburan bijak dan tidak terpengaruh dengan skim-skim pelaburan haram dan skim cepat kaya.
Untuk tip-tip dan panduan kewangan PERCUMA, dijemput LIKE page kami di www.facebook.com/KewanganAnda
NOTA:
Grafik ini diambil dari Harian Metro.
____________________________________________________________________________
“SEMINAR PENGENALAN PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM”
Hari : Rabu & Sabtu
Masa : 8pm–10pm (Rabu) & 10am-12pm (Sabtu)
Tempat : Cheras Business Center & Shah Alam Section 15
Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut.
DAFTAR ONLINE. Sila layari laman web http://bit.ly/DaftarEjen untuk pendaftaran.
____________________________________________________________________________________
DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.
Source: INFAQ
Leave a Reply