Semoga perkongsian dari our Tax Consultant Tuan Amsyari ini bermanfaat & dapat dijadikan sebagai rujukan. Ada 10 dokumen wajib simpan, 10 dokumen sokongan dan tips cara menyimpan rekod. Saya kongsikan dokumen yang perlu disimpan dan memudahkan pihak LHDN untuk buat semakan.
Tanggungjawab simpan dokumen adalah atas pembayar cukai. Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal bersama Borang Cukai Pendapatan anda, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:
➡️1. BORANG EA/EC & CP58
📌 Dapatkan dari majikan anda sebelum Mac
📌 Borang tentang jumlah pendapatan yang telah diberikan kepada pekerja
📌 CP58, dokumen yang disediakan untuk agen yang terlibat dalam aktiviti menerima komisen (unit trust, REN, takaful).
➡️2. BAUCER DIVIDEN
📌 Terima dividen dari saham yang dilaburkan
➡️3. RESIT PREMIUM TAKAFUL/INSURANS
📌 Selain resit, digalakkan simpan penyata insurans
📌 Mohon pada agen atau muat masuk dari sistem
➡️4. RESIT PEMBELIAN BUKU
📌 Dokumen yang sering diambil ringan,
📌 Lepas ni, dapat resit, buat Salinan dan simpan
📌 Semua buku kecuali buku yang terlarang
📌 Buku yang telah dituntut di syarikat atau individu lain, tidak dibenarkan dituntut atas diri sendiri.
➡️5. RESIT PERUBATAN.
📌 Segala resit berkaitan sakit kritikal (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)
📌 Resit pemeriksaan perubatan penuh (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)
📌 Resit perbelanjaan perubatan kepada kedua ibu bapa (disahkan sakit oleh pengamal perubatan)
➡️6. RESIT DERMA.
📌 Resit bayaran derma ke institusi, tabung dan organisasi yang dibenarkan oleh LHDN
📌 Nak mudah, resit atau surat tuntut derma mesti ada tertera mendapat pelepasan cukai (tengok kesahihan juga)
➡️7. RESIT PEMBAYARAN ZAKAT.
📌 Zakat yang dibayar ke institusi yang dibenarkan sahaja seperti Lembaga Zakat Selangor
📌 Zakat fitrah untuk bulan Ramadhan juga lepas.
➡️8. SIJIL KELAHIRAN ANAK DAN SIJIL ANAK ANGKAT.
➡️9. SIJIL NIKAH.
➡️10. DOCUMEN-DOCUMEN SOKONGAN LAIN.
1. Penyata Skim Persaraan Swasta
2. Surat tawaran belajar di universiti, kolej atau institusi pendidikan yang dibenarkan (untuk diri dan anak)
3. Surat atau dokumen bukti individu kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
4. Penyata SSPN
5. Resit bayaran yuran Pusat asuhan atau pra sekolah yang dibenarkan
6. Resit pembelian peralatan penyusuan
7. Resit belian alatan sukan dan bayaran keahlian gim (untuk diri, suami @ isteri dan anak)
8. Penyata atau resit bayaran langganan internet
9. Resit pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (untuk diri, suami @ isteri dan anak)
10. Salinan IC ayah dan ibu anda, untuk tuntutan pelepasan RM1500
➡️11. Yang ini paling penting untuk anda simpan ialah pengiraan cukai yang anda istihar.
Tempoh tujuh tahun bermula dari akhir tahun borang cukai pendapatan
– Borang cukai anda dalam tempoh 7 tahun (senang simpan semua).
📚Simpan semua dokumen dalam satu beg yang terdapat banyak folder dan letak tahun di depan beg tersebut. Ataupun, sekiranya dokumen yang ada tidak banyak , boleh saja beli fail folder. Janji semua dokumen tersimpan.
Jika anda hendak tahu lagi info tentang kewangan, cukai dan pengurusan syarikat boleh join our “SEMINAR KEWANGAN” atau “COACHING121”
wasap.my/60192121210/Coaching 121
*********************************************************
Anda dijemput ke “COACHING KEWANGAN ANDA”.
Dalam coaching ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.
Apa yang anda dapat pelajari:
1) Rahsia Membaiki “Cash Flow” Anda
2) Teknik Membina “Profil Kewangan” dan “Net Worth”
3) Maklumat Tentang “Holding Power”
4) Strategi Melunaskan Hutang Rumah Dalam Masa 10 Tahun
5) Merancang Persaraan – Cara Bina “Passive Income”
Coaching ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.
Maklumat:-
Venue : Ampang, Cheras dan Shah Alam
Tarikh : Sabtu
Waktu : 9.00am to 1pm
Fee : RM25 (PERCUMA sebab ada yang sponsor – limited to 10 seats)
Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.
DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.
Leave a Reply