Syukur kepada Allah kerana dimurahkan rezeki dan dapat melancong secara PERCUMA setiap tahun. Melancong bersama pasangan kita adalah saat paling gembira. Baru-baru ini kami berpeluang ke Istanbul & Bursa Turki.
Atas pemintaan sahabat dan saudara terdekat, kami upload beberapa gambar. Di bawah ni ada beberapa pemandangan indah di Istanbul, Bursa dan beberapa tempat menarik di Turki. InsyaAllah kami akan kongsi tips pebelanjaan dan budget untuk ke Turki di dalam post yang akan datang.
BLUE MOSQUE
Penduduk lokal menyebutnya sebagai Sultan Ahmet Mosque (Masjid Sultan Ahmad) sedangkan pelancong selalu menyebutnya sebagai Blue Mosque (Masjid Biru). Antara tahun 1609 M hingga 1616 M, Sultan Ahmad memberikan perintah kepada arkitek handal, Sedefkar Mehmed Aga, untuk membangun Masjid ini.
BLUE MOSQUE – Hiasan Dalaman
HIPPODROME
Kami berpeluang melawat Hippodrome Square, tempat ini dulunya merupakan kawasan pacuan kuda yang mana terdapat 3 pilar utama – dua diantaranya masih berdiri tegap (egyptian column dan walled obelisk) Di tempat ini dulunya sebuah arena balap kuda yang sangat besar.
HAGIA SOPHIA
HAGIA SOPHIA – Dalaman
Asalnya sebuah gereja, kemudian Masjid dan sekarang menjadi museum, Hagia Sophia (Aya Sofya) adalah simbol utama bagi kota Istanbul. Hagia Sophia dibangun oleh Eastern Roman Emperor Justinian pada 537 M. Kami dapat melihat lukisan Bonda Maria bersanding dengan lambang Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan toleransi yang tinggi dari Sultan Muhammad, sebagai penakluk Konstantinopel dan pemimpin umat Islam pada saat itu, untuk tetap saling menghargai dan menghormati.
GREEN MOSQUE
GREEN TOMB
Nazri CFP @ GREEN MOSQUE
GRAND MOSQUE
GRAND MOSQUE – Tempat Ambil Air Sembahyang
DOLMABACHE PALACE
DOLMABACHE PALACE – Snap Gambar Ini Masa Atas Kapal
“Dolmabahce” dalam bahasa Turki adalah “penuh dengan taman”, kerana kawasan tersebut telah dipenuhi dengan taman bunga.
CAMLICE HILLS
TOPKAPI PALACE
Topkapi Palace, merupakan istana Sultan pada zaman dahulu. Sekarang sebagai museum yang menyimpan banyak peninggalan Sultan. Dan di tempat ini ada 2 barang yang sangat menarik perhatian yakni janggut Nabi Muhammad dan berlian terbesar ke 2 di dunia (terbesar pertama dimilik ratu Inggris).
UNDERGROUND BASILICA CISTERN
PAMUKKALE
UNDERGROUND CITY OF KAYMAKLI
PIEGON VALLEY
HOT AIR BALLOON (Cost USD 200)
GRAND BAZAAR
SPICE MARKET
Aktiviti yang paling digemari kaum hawa adalah shopping. Tempat yang terkenal adalah Silk Market di Bursa, Grand Bazaar dan Spice Market. Tudung sutera memang cantik, berkualiti dan murah di Silk Market Bursa. Silk Market (Bursa) & Grand Bazaar (Istanbul) tutup pada hari Ahad. Tapi kita perlu pandai minta discount.
TIPS SHOPPING (tawar-menawar yang paling murah kami dapat):
– 10 or 12 Key Chain for 10TL.
– 5 Fridge Magnet for 10TL.
– Sehelai T-Shirt for 5TL. (Pastikan Made In Turkey).
– Sejadah Tebal for 20TL
– Sejadah Wangi Bunga Mawar for 20TL
CADANGAN ATURCARA PERJALANAN
HARI 1
– Melawat Masjid Biru & Hippodrome Square
– Melawat Topkapi Palace
– Bertolak ke Bursa dengan Ferry
– Daftar Masuk Hotel (BURSA)
HARI 2
– Melawat Grand Mosque
– Membeli belah di Silk Market
– Bertolak ke Kusadasi (5jam 30min)
– Daftar Masuk Hotel (KUSADASI)
HARI 3
– Melawat Kota Eshesus & Artemis Temple
– Bertolak ke Pamukkale (3jam)
– Melawat Bandar Pamukkale. Antique City of Hierapolis (Cotton Castle)
– Daftar Masuk Hotel (PAMUKKALE)
HARI 4
– Bertolak ke Konya (6jam 45min)
– Melawat Mevlana Museum & Sultanhani Caravanserai
– Meneruskan perjalanan ke Cappadocia
– Daftar Masuk Hotel (CAPPADOCIA)
– (Lawatan pilihan : Hot Air Balloon – USD200)
HARI 5
– Melawat Bandar Cappadocia. Underground City of Kaymakli
– Goreme Open Museum
– Melawat Carpet Factory & Pottery in Avanos Village
– Melawat Pasabag Valley & Uchisar Village
– Pulang ke Hotel (CAPPADOCIA)
HARI 6
– Bertolak ke Ankara (5jam)
– Melawat Ataturk Mausoleum
– Meneruskan perjalanan ke Bolu (2jam 45min)
– Daftar Masuk Hotel (BOLU)
HARI 7
– Bertolak ke Istanbul
– Membeli belah di Grand Bazaar & Leather Factory
– Daftar Masuk Hotel (Istanbul)
(Lawatan Pilihan : Bosporus Cruise)
HARI 8
– Aktiviti Bebas
– Bertolak ke Airport Istanbul
HARI 9
– Tiba di KLIA
_________________________________________________________________________________
Anda dijemput ke “SEMINAR KEWANGAN ANDA”
Dalam seminar ini anda akan dipelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.
Apa yang anda dapat pelajari:
1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth Jutawan
3) Pengiraan Perlindungan Pendapatan
4) Membina Portfolio Pelaburan
5) Merancang Persaraan
6) Membina Benteng Kewangan yang Kukuh
Seminar ini sesuai buat mereka yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.
Atau call/sms NAMA <jarak> SEMINAR KEWANGAN ANDA ke 019-2121210
DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pengalaman, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.
Salam Tuan.. kalau kita nak pergi pakage istanbul mcm ni berapa harga dia.?
saya tak bagi comment. saya disini ingin minta izin share gambar dan keterangannya untuk melengakapkan catatan perjalan saya ke Turkey discember 2015..