Pelepasan Cukai 2017

PELEPAS CUKAI INDIVIDU PEMASTAUTIN – TAHUN 2017

  1. INDIVIDU DAN SAUDARA TANGGUNGAN

Anda boleh mendapat pengecualian RM9,000 untuk diri sendiri

  1. PERBELANJAAN IBU BAPA

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) terhad kepada RM5,000 ATAU anda layak dapat sehingga RM 3,000 iaitu terhad sehingga RM1,500 bagi hanya seorang ibu dan RM1,500 bagi hanya seorang bapa.

  1. PERALATAN SOKONGAN ASAS

Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya). Boleh dapat pelepasan sehingga RM6,000

  1. INDIVIDU KURANG UPAYA

Layak dapatkan pelepasan sehingga RM6,000

  1. YURAN PENDIDIKAN (Sendiri)

(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

Layak untuk pelepasan sehingga RM7,000

  1. PERBELANJAAN PERUBATAN PENYAKIT YANG SUKAR DIUBATI

Untuk individu atau suami/isteri atau anak-anak boleh dapatkan pelepasan sehingga RM6,000

  1. PEMERIKSAAN PERUBATAN PENUH

Untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak layak dapat pelepasan sehingga RM500

  1. GAYA HIDUP

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan

(iv) Bayaran langganan internet

Yang beli smartphone dan laptop mahal tu, jangan buang resit belian anda kerana layak pelepasan sehingga RM2,500.

  1. PEMBELIAN PERALATAN PENYUSUAN

Ibu bapa yang baru dapat anak, beli breast pump pun layak untuk dapatkan pelepasan sehingga RM 1,000.

  1. YURAN PUSAT ASUHAN ANAK/ PRASEKOLAH

Bagi ibu bapa yang menghantar anak ke nursery dan taska, berita baik untuk anda sebab layak dapat pelepasan sehingga RM 1,000.

  1. TABUNGAN BERSIH DALAM SKIM SSPN

Cara pengiraan: Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017. Layak pelepasan sehingga RM 6,000

  1. SUAMI/ ISTERI/ BAYARAN ALIMONI KEPADA BEKAS ISTERI (RM4000)
  1. SUAMI/ ISTERI KURANG UPAYA (RM3500)

 

  1. ANAK BAWAH 18 TAHUN (RM2000)
  1. ANAK ATAS 18 TAHUN, BELUM BERKAHWIN, BELAJAR SEPENUH MASA (RM2000)

 

  1. ANAK BERUMUR 18 TAHUN DAN KEATAS,

tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).

(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

  1. ANAK KURANG UPAYA (RM6,000)

 

  1. INSURAN/TAKAFUL NYAWA & KWSP (RM6,000)

 

  1. PRIVATE RETIREMENT SCHEME (PRS)

Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

  1. INSURAN/TAKAFUL PENDIDIKAN & PERUBATAN (RM3,000)

 

  1. CARUMAN PERKESO (RM250)

 

  1. FAEDAH PEMBELIAN RUMAH (RM10,000)

Faedah pinjaman pembelian rumah untuk S&P bertarikh 10 Mac 2009 – 31 Dec 2010 dan terhad kepada 1 unit rumah sahaja

Untuk rujukan yang lebih mudah, boleh semak pada jadual yang telah disediakan di laman LHDN

http://www.hasil.gov.my

***********************************************

Anda dijemput ke “COACHING KEWANGAN ANDA”.

Dalam coaching  ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.

Apa yang anda dapat pelajari:

1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth
3) Maklumat Tentang Takaful
4) Strategi Melunaskan Hutang
5) Merancang Persaraan

Coaching ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.

Maklumat:-

Venue : Ampang Business Center

Waktu : 9.30am to 1pm

Fee : RM25

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*