𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐰𝐚𝐬𝐭𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐏𝐫𝐢𝐯𝐚𝐭𝐞 𝐑𝐞𝐭𝐢𝐫𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐒𝐜𝐡𝐞𝐦𝐞 (𝐏𝐑𝐒)
Perlu ke kita buat caruman PRS kalau sudah ada KWSP?”. Untuk pengetahuan anda, PRS merupakan satu cara yang paling efektif untuk menambah dana simpanan persaraan anda.
Saya akan share perbezaan di antara PRS dan KWSP dan kelebihan PRS yang anda perlu tahu.
𝐀𝐥𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧
Tahukah anda, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi selepas bersara kerana kehabisan wang simpanan KWSP? Disebabkan ini, ada yang terpaksa kembali bekerja dengan berniaga untuk menampung perbelanjaan bulanan mereka. Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada anda, pertimbangkan untuk melabur dalam PRS.
Simpanan Persaraan Swasta atau dengan nama lainnya Private Retirement Scheme (PRS) merupakan satu skim pelaburan dan simpanan sukarela yang diuruskan oleh syarikat swasta. Ia direka khas untuk membantu anda menyimpan wang dengan lebih banyak bagi menambah simpanan persaraan.
Sesiapa sahaja boleh membuat caruman PRS tidak kiralah pekerja swasta, pekerja kerajaan atau bekerja sendiri dengan syarat individu tersebut berumur 18 tahun ke atas. Apabila anda membuat caruman PRS, anda bebas untuk membuat pilihan dana persaraan kerana setiap PRS menawarkan pilihan yang berbeza-beza.
Anda boleh membuat keputusan berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan toleransi risiko anda sendiri. Anda boleh mula melabur dengan jumlah serendah RM100 atau RM1,000 mengikut jenis fund.
𝐏𝐑𝐒 𝐯𝐬 𝐊𝐖𝐒𝐏
PRS dan KWSP mempunyai matlamat yang sama iaitu menyediakan simpanan persaraan untuk semua pencarum. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan yang ketara yang anda perlu tahu.
Seperti yang telah dinyatakan di atas, PRS merupakan skim pelaburan simpanan persaraan yang diuruskan oleh syarikat swasta manakala KWSP pula juga berfungsi menyediakan simpanan untuk anda bersara tetapi semua urusan diuruskan oleh pihak Kerajaan.
𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫 𝐝𝐢 𝐏𝐑𝐒 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐢𝐤
Walaupun anda mungkin masih muda atau baru sahaja memulakan pekerjaan, anda disarankan untuk mula menyimpan dana untuk persaraan. PRS merupakan antara skim pelaburan terbaik yang anda patut ada.
Apabila anda membuat caruman PRS, anda dibenarkan menuntut 𝐏𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐑𝐌𝟑,𝟎𝟎𝟎 𝐝𝐚𝐧 𝐅𝐑𝐄𝐄 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥 (𝐎𝐧𝐞 𝐓𝐨 𝐎𝐧𝐞 𝐕𝐚𝐥𝐮𝐞).
Leave a Reply