PruBSN SmartLink, Pelan Takaful PERTAMA Untuk Anak BELUM Lahir

SEPANG –  Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) memperkenal PruBSN SmartLink, pelan takaful pertama yang membolehkan pelanggan melindungi masa depan anak masing-masing, sebelum anak itu dilahirkan lagi.

Ketua Eksekutifnya Azim Mithani berkata produk itu dibangunkan berasaskan PruBSN SmartLink sebelumnya yang melindungi kanak-kanak berusia satu hingga 18 tahun.

Pelindungan SmartLink yang ditambah baik itu melindungi janin seawal 20 minggu kehamilan, layak untuk ibu berusia 19 hingga 45 tahun, katanya.

“Aspek lain produk itu ialah kami sudah menjalin usaha sama dengan organisasi “stem life”. Perkhidmatan ini baik untuk pelanggan,” katanya kepada Bernama pada pelancaran PruBSN SmartLink yang ditambah baik itu di sini hari ini.

Pelanggan yang memilih PruBSN Smartlink dengan “Extra Basic” akan memperoleh perlindungan tambahan yang meliputi manfaat belas kasihan RM2,000 untuk janin dan RM5,000 untuk ibu dalam tempoh 60 hari melahirkan anak.

“Jika bayi sakit, kami akan menyediakan penjagaan hospital pada kadar RM300 sehari di Unit Rawatan Rapi selama 30 hari di hospital terpilih,” katanya.

Beliau berkata ibu bapa yang mahu memaksimumkan perlindungan, boleh menambah tanggungan “Baby Care” bagi melanjutkan perlindungan mulai tempoh kehamilan sehingga 60 hari selepas bersalin.

“Pelindungan ini tidak mengehadkan jumlah kelahiran selagi ibu yang hamil itu berusia sebelum 46 tahun. Pelanggan akan memperoleh wang tunai RM300 selepas tahun kedua anak dilahirkan, menerusi Bonus Imunisasi,” katanya.

Azim berkata pembayaran itu bergantung kepada perlindungan yang dipilih oleh pelanggan, sama ada serendah RM100 sebulan, pembayaran setengah tahun atau setahun.

Beliau berkata produk itu yang kini boleh didapati di semula cawangan PruBSN, diyakini dapat menarik pasaran.- Bernama

 

Hubungi: 019-2121210 untuk keterangan lanjut.

 

Layari www.KewanganAnda.com

 

Untuk dapatkan tips kewangan…. jemput ke fanpage saya & click LIKE:

www.fb.com/KewanganAnda

 

 

 

 

Download

https://www.prubsn.com.my/media/download/familytakaful/prubsn_linkseries.pdf

Source: Sinar 6 Oktober 2012

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/prubsn-smartlink-pelan-takaful-pertama-untuk-anak-belum-lahir-1.92015

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*