PTPTN – Tukar Kepada Akaun Ujrah

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disaran mula membuat pembayaran balik pinjaman melalui tiga inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2015, selain menukar akaun kepada pembiayaan Ujrah.

Pengurus Besar Kanan Pejabat PTPTN Negeri Tuan Din Tuan Mat berkata inisiatif itu adalah usaha kerajaan bagi meringankan beban peminjam untuk membuat pembayaran balik pinjaman.

“Lebih 700,000 peminjam masih kekal dengan pembiayaan konvensional yang dikenakan kos sebanyak tiga peratus setahun atas baki berkurangan,” katanya kepada pemberita di Majlis Hari Mesra Pelanggan PTPTN di sini, hari ini.

Tuan Din berkata peminjam tersebut berpeluang menikmati kos pembiayaan serendah satu peratus setahun apabila menukar kepada akaun Ujrah.

Katanya dengan penukaran pembiayaan itu juga peminjam mampu mendapat penjimatan sehingga 49 peratus dari segi kos yang dikenakan.

Katanya PTPTN akan membuat Jelajah Jom Tukar Ujrah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung inisiatif yang ditawarkan tabung itu.

“Melalui konsep Ujrah peminjam dapat berunding dengan PTPTN untuk menstruktur semula pinjaman mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

Katanya isu tertunggak juga dapat diselesaikan melalui penilaian dan penstrukturan semula bayaran dan pemutihan rekod lama.

Dalam Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Jumaat lepas, tiga inisiatif baharu bagi meringankan pembayaran balik pinjaman diumumkan.

Ia termasuk diskaun 10 peratus kepada pinjaman yang dibayar berterusan selama 12 bulan sehingga Disember 2015, 20 peratus diskaun kepada penyelesaian bayaran sekaligus sehingga 31 Mac 2015 dan had pendapatan isi rumah pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dinaikkan kepada RM4,000.

Source: Astro Awani (13 Oct 2014)

_________________________________________________________________________________

Anda dijemput ke “SEMINAR KEWANGAN ANDA”

Dalam seminar ini anda akan dipelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.

Apa yang anda dapat pelajari:

1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth Jutawan
3) Pengiraan Perlindungan Pendapatan
4) Membina Portfolio Pelaburan
5) Merancang Persaraan
6) Membina Benteng Kewangan yang Kukuh

Seminar ini sesuai buat mereka yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut.

________________________________________________________________________________

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*