Syarat Wajib Zakat Saham
Syaratnya adalah seperti berikut:
- Islam – diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.
- Milik Sempurna – mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan.
- Milik Pihak Tertentu – saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat.
- Cukup Nisab – Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.
- Cukup Haul – Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.
- Halal – Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.
Pelaburan Pasaran Modal (Bursa Malaysia)
Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah badan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelia pasaran modal atau saham. Pasaran modal merupakan rumah utama yang menyediakan aktiviti untuk penghasilan dana dan pelaburan jangka masa panjang serta meningkatkan kecairan sistem kewangan. Di dalam pasaran modal ini segala jenis saham dan dana diurusniagakan.
Di antara contoh instrumen pelaburan di pasaran modal ini adalah:
- Saham biasa & keutamaan (ordinary & preference)
- Saham Amanah, samada melalui pengurus dana swasta atau kerajaan
- Saham Amanah Hartanah (REITs)
- Dana Dagangan Bursa (ETFs)
- Lain-lain instrument pelaburan yang diniagakan di Bursa Malaysia atau pasaran modal di luar Negara
Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul.
Rujuk link di bawah untuk cara pengiraan.
http://www.e-zakat.com.my/zakat-harta/zakat-saham/
http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/zakat-saham/
Source: Lembaga Zakat Selangor
_________________________________________________________________________________
Anda dijemput ke “SEMINAR KEWANGAN ANDA”
Dalam seminar ini anda akan dipelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.
Apa yang anda dapat pelajari:
1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth Jutawan
3) Pengiraan Perlindungan Pendapatan
4) Membina Portfolio Pelaburan
5) Merancang Persaraan
6) Membina Benteng Kewangan yang Kukuh
Seminar ini sesuai buat mereka yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.
Atau call/sms NAMA <jarak> SEMINAR KEWANGAN ANDA ke 019-2121210
DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pengalaman, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.
Leave a Reply