Bebas Hutang Dengan Strategi “Snowball”

Apa itu ‘Snowball Effect’ ?

Bagaimana teknik snowball boleh melangsaikan hutang anda?

Sila ikut 5 langkah ini :-

1) Senaraikan semua hutang yang ada, bermula dari yang berbaki rendah sehingga kepada yang berbaki paling tinggi.

Senaraikan kadar faedah (interest rate) untuk setiap hutang pinjaman tersebut.

Kalau tak tahu, boleh menghubungi bank dan minta bank semak berapa baki terkini pinjaman anda. Jangan terkejut, baki pinjaman anda mungkin sudah sedikit tapi bila dicampur dengan kadar faedah yang dikenakan maka jumlah masih besar untuk dijelaskan.

2) Catit tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan denda lewat bayar. Kalau lewat bayar, tahu ke anda akan dikenakan interest lewat bayar? Jadi, hutang akan bertambah je dengan interest.

3) Dari senarai hutang anda, pilih hutang yang paling rendah nilainya. Sekarang anda perlu fokus untuk selesaikan hutang yang paling kecil dahulu. Cuba sedaya upaya untuk bayar lebih untuk hutang tersebut. Contoh, hutang yang paling rendah adalah pinjaman pelajaran sebanyak RM130 sebulan. Cuba tambah sedikit nilai kepada RM150 untuk membayar hutang tersebut setiap bulan.

4) Setelah anda berjaya menyelesaikan hutang yang paling kecil, pilih hutang kedua pula. Contoh hutang pinjaman peribadi berjumlah RM200 sebulan.

Letak tepi nilai RM150 yang anda gunakan setiap bulan untuk membayar hutang pinjaman pelajaran yang dah selesai sebelum ni. Sekarang tambah nilai RM150 + RM 200 untuk bayar hutang pinjaman peribadi pula ( lebihan RM150).

5) Ulang strategi ni untuk setiap hutang di dalam senarai anda….sehingga selesai semuanya…

Cuba la…anda mungkin terkejut betapa teknik snowball mampu menyelesaikan masalah anda. Hanya perlu sabar dan istiqamah.

Sekiranya perlu PERSONAL COACHING boleh whatsapp untuk kami guide

wasap.my/60193870877/PersonalCoaching

************************************************************************

Sekiranya anda berminat nak cari PENDAPATAN TAMBAHAN sebagai solusi LANGSAIKAN HUTANG JAHAT dan join team kami untuk mendalami ilmu kewangan secara holistik… boleh hubungi :

  • Zarina Jamaludin IFP @ 0193870877
  • Nazri CFP @ 019-2121210

wasap.my/60193870877/TambahPendapatan

************************************************************************

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*