Di Malaysia ada beberapa pelan HIBAH TAKAFUL sebagai solusi PELUPUSAN HUTANG dan PENGGANTIAN PENDAPATAN (Income Replacement) khas untuk yang dah sakit.
Antara pelan yang ada seperti di bawah :-
FREE Group Takaful melalui Unit Trust atau Private Retirement Scheme (PRS).
Group Takaful untuk pencarum Tabung Haji.
Group Takaful melalui SSPN.
Group Takaful melalui Syarikat GLC dan MNC.
Group Takaful melalui KOPERASI.
dan banyak lagi.
Yang termiss coaching bersama Kak Ina, boleh dapatkan Nota Kewangan & Recorded Video tentang Group Takaful ini di blog atau youtube.
FREE GROUP TAKAFUL MELALUI BILA MENCARUM UNIT TRUST ATAU PRIVATE RETIREMENT SCHEME
Free perlindungan takaful (P.A) jika anda menyimpan di dalam Unit Trust seperti Public Mutual. CIMB etc. Berapa amaun-nye?
Ianya digandakan dari nilai simpanan pelabur tersebut ! Menarik kan ?
In addition, melalui “FUND PROSPECTUS”, anda boleh check funds yang dapat FREE HIBAH TAKAFUL yang cover pampasan untuk DEATH dan TPD (Cacat Kekal).
Kita boleh check kelayakan FREE Takaful kita melalui APPS atau website respective Unit Trust providers seperti contoh screenshot di bawah.
GROUP HIBAH TAKAFUL khas untuk pencarum Unit Trust atau Private Retirement Scheme (PRS) yang cover Death, TPD (Cacat Kekal) dan Kritikal Illness. Pelindungan hingga umur 70 tahun.
Pelan ini sesuai untuk pelupusan hutang pinjaman rumah kerana kebanyakan MRTT (Takaful Perumahan) hanya cover Death & TPD sahaja.
Sekiranya kita kena sakit kritikal, kita masih perlu meneruskan pembayaran pinjaman rumah sedangkan bila sakit, kitamungkin ada kekangan untuk bekerja dan akan terbeban untuk membayar installment pinjaman rumah.
Jadi, solusi ini sangat penting terutama untuk pinjaman rumah yang kita tinggal (stay in).
GROUP TAKAFUL MELALUI SIMPANAN SSPN DAN TABUNG HAJI
Untuk simpanan SSPN, kita dapat Pelepasan Cukai (Tax Relif) sebanyak RM8,000 setiap tahun. In addaition, dapat FREE Takaful based kepada One To One value.
Manakala Takaful melalui Tabung Haji max hanya RM12,000 untuk caruman RM28 setahun.
Leave a Reply