Melawat Melaka Bandar Bersejarah

 

20140921_131505

Baru baru ni kami sekeluarga berkesempatan ke Melaka.  Ada beberapa tempat yang unik di sana.  Antaranya, kat Pantai Klebang ada BUSTEL.  BUSTEL adalah singkatan kepada BUS + HOTEL. Uniknya disini mereka menggunakan bas ekspress lama. Kalau orang lama, pasti teringat memori naik bas ni.

Kini, anda boleh merasa naik bas ini tetapi dengan konsep yang berbeza. Ia adalah hotel. Selesa dan pasti tidur lena! Sebuah bas menempatkan 2 bilik berasingan. Pintu hadapan bas adalah untuk bilik berkatil Queen. Manakala pintu tengah bas yang biasa kita turun apabila sampai ke destinasi tu menempatkan bilik 2 single bed. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, tandas, shower dan telefon.

zz Bustel 1

Nak makan? Ada banyak kafeteria disediakan dan kiosk kecik pun dibuka. Mereka berniaga menggunakan bas juga! Setiap kiosk menyediakan pelbagai makanan. Ada Western Food, Asam Pedas, Char Kuey Teow, Masakan Panas, Keropok Lekor, Coconut Shake, Minuman Jus, Air Kelapa dan macam-macam lagi.  Yang paling best Coconut Shake…kena beratur nak beli.

Bustel (1)

Bustel (2)

Submarine Museum (1)

Harga menginap satu malam di BUSTEL adalah RM 80 hingga RM 120. Sila hubungi Encik Khairi di talian 0197414113 atau lawat facebook.com/bustelmelaka

___________________________________________________________________________________

BENGKEL KEWANGAN ANDA

Dalam bengkel ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.

Apa yang anda dapat pelajari:

1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth Jutawan
3) Pengiraan Perlindungan Pendapatan
4) Strategi Melunaskan Hutang
5) Merancang Persaraan
6) Tips Berjimat Apabila Melancong

Seminar ini sesuai buat mereka yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.

Maklumat Seminar:-

Venue : Ampang Business Center

Tarikh  : 9 Nov 2015 (Ahad)

Waktu : 9.30am to 5pm

Fee     : RM100 (termasuk Sarapan, Makan Tengahari & Minum Petang)

 

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*