Apakah Itu PRS?
Skim Persaraan Swasta (PRS) ialah satu skim caruman sukarela jangka masa panjang yang direka untuk membantu rakyat Malaysia menambahkan simpanan bagi dana persaraan mereka. PRS berusaha untuk memberikan pilihan bagi semua rakyat Malaysia sama ada bekerja atau bekerja sendiri bagi menambah simpanan persaraan mereka di bawah struktur persekitaran yang kukuh dan dikawal selia. Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana individu boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan toleransi risiko mereka sendiri.
Siapakah yang menguruskan PRS?
Private Pension Administrator Malaysia (PPA) merupakan pentadbir bagi Skim Persaraan Swasta (PRS).
Dilancarkan pada 18 Julai 2012, PPA merupakan sebuah badan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melindungi kepentingan ahli PRS dan mendidik orang ramai tentang skim tersebut.
Kelebihan PRS:-
Pelepasan cukai sehingga RM 3000 setahun dengan pelaburan PRS.
Perlindungan Takaful Kemalangan PERCUMA untuk ahli PRS Public Mutual. Contoh Individu telah mencarum RM10,000 selama 3 tahun dengan PRS Public Mutual. Jika berlaku kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan kepada pencarum, disamping jumlah pelaburan yang sedia ada anda atau waris akan diberi pampasan takaful sama nilai dengan simpanan sedia ada iaitu RM 10,000.
Wang dalam PRS dilindungi daripada Pemiutang.
Bilakah saya boleh bermula?
Sekiranya usia sudah mencecah 18 tahun anda boleh bermula pada bila-bila masa kerana semakin awal anda bermula semakin besar potensi pulangan anda kerana anda mempunyai jangka masa pelaburan yang lebih lama.
Bagaimanakah cara untuk saya mula mencarum?
Boleh berhubung terus dengan kami.
Klik link dibawah untuk terus berhubung melalui applikasi whatsapp.
https://wasap.my/60193870877/BerminatDenganPRS
Saya akan bantu untuk urusan membuka akaun dan pemilihan dana-dana yang sesuai atau sebarang persoalan-persoalan lain juga.
***********************************************************************
DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.
Leave a Reply