Ada beberapa sahabat bertanya tentang Program Khas Pengakuan Sukarela LHDN atau Volunteer Disclosure Program (VDP) LHDN. Di sini saya share info , penerangan serta pandangan dari my Tax Agent yang bertauliah tentang CUKAI.
1. Apa itu VDP program ni?
✅ Program khas ni adalah satu program yang dibuat untuk menggalakan sesiapa sahaja secara sukarela (good faith) yang belum pernah declare pendapatan mereka, atau terkurang lapor dan juga membayar whatever outstanding tax kepada LHDN dalam tempoh yang dah mereka tetapkan.
.
.
.
2. Siapa yang patut grab VDP program ni?
So ada beberapa category yang perlu grab this VDP program, antaranya :
✅ Mereka yang belum pernah melaporkan pendapatan bercukai dari tahun 2017 ke belakang
✅ Mereka yang terkurang lapor pendapatan bercukai dari tahun 2017 ke belakang
✅ Mereka yang ada keuntungan dari hasil jualan asset iaitu RPGT/CKHT
✅ Mereka yang ada tunggakan stamp duty
✅ Mereka yang menunjukan kekayaan luar biasa di social media
✅ Mereka yang ada beli asset cash tapi belum pernah declare cukai
.
.
.
3. Apa yang mereka akan dapat dari VDP program ni?
✅ Bagi sesiapa yang melaporkan pendapatan tersebut sebelum 31 march, penalty yang dikenakan hanya 10% dari cukai yang perlu dibayar
✅ Bagi sesiapa yang melaporkan pendapatan tersebut dari april sehingga 30 june 2019, penalty yang akan dikenakan adalah 15% dari cukai yang perlu dibayar
Jika tidak, bermula july 2019 sesiapa yang melaporkan atau didapati ada pendapatan bercukai yang tidak dilaporkan, penalty yang akan dikenakan adalah 80% sehingga 300% dari cukai yang perlu dibayar
.
.
.
4. Kenapa kena grab VDP program ni?
Bagi saya personally, kenapa kena grab VDP ni adalah..
✅ Penalty yang kita kena tanggung if kita “dicekup” bermula July 2019 ni adalah sangat tinggi dan of course akan menggangu cashflow kita.
✅ Sebab LHDN cakap, sesiapa sahaja yang ambil peluang VDP ni, sesiapa yang sukarela (goodfaith) melaporkan pendapatan mereka, mereka tak kan di audit, which mean takde case akan dibuka. LHDN pun secara tak lansung dengan “good faith” nya menerima tax yang kita submit tu.
✅ LHDN dah pun menubuhkan sebuah special committee, untuk memantau kita yang berlebih-lebih kan di social media. Jadi jika business kita memang memerlukan kita buat marketing secara berlebih-lebihkan, bagi saya biar lah kita kebal dulu.
✅ Untuk dapatkan tidur yang lebih lena, makan yang lebih kenyang dan mandi yang lebih basah😅
.
.
.
5. Macam mana nak join VDP program ni?
✅ Bagi mereka yang belum pernah mendaftar, boleh daftar dulu. Dapatkan no cukai di www.edaftar.hasil.gov.my
✅ Kemudian, memandangkan kita sekarang semua nya pakai sistem taksiran sendiri iaitu melalui efilling, so boleh ke lhdn terdekat untuk dapat kan no sementara efilling
✅ Cara paling mudah kalau tak nak pening-pening boleh contact tax agent untuk uruskan dari A to Z.
Ni hanya applicable untuk pendapatan tahun 2017 ke belakang ya. Yang 2018 ni due date nya kalau borang BE 30/4/19 dan borang B 30/6/19.
Yang ni belum due, so takde penalty💸💸
So rasanya tu je yang saya nak share, jangan lupa tarikh tutup nya 31 march 2019 untuk dapatkan 10% penalty ni. Tinggal around 1 month je lagi😬 . So jangan lah bertangguh-tangguh sebab takut tiba-tiba dia dah tercegat depan pintu office atau rumah kita😰
Boleh share jika bermanfaat untuk panduaan sahabat2 kita sekali. Supaya kita semua boleh bekerja atau berniaga dengan peace of mind 😅
By : Credit to Cikgu Cukai
ZJ bersama MJ dan Puan Zurianee (Cikgu Cukai)
Leave a Reply