Semoga perkongsian Cikgu Cukai ini dapat membantu sahabat2, adik2 dan anak2ku. Ada beberapa Tax Relief atau Pelepasan Cukai di Malaysia. Antaranya…
1. Self relief : RM9,000
Bila kita decide nak bayar cukai, kita akan terus dapat self relief sebanyak RM9,000
.
.
2. Medical expenses untuk parents : RM5,000
Atau
Untuk setiap ibu dan ayah yang berumur lebih 60 tahun dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun
Ayah : RM1,500
Ibu : RM1,500
Justeru itu …. adik2 & anak2ku, rajin-rajin lah bayar kos perubatan parents kita. Lebih baik kita spend pada parents kita dari bayar LHDN.
.
.
3. Basic supporting equipment untuk diri sendiri, pasangan, anak atau parents : RM6,000
Ini pun kalau kita belanjakan wang kita contoh nya untuk wheelchair atau apa sahaja supporting equipment kita boleh kurang kan bayaran cukai kepada LHDN
.
.
4. Medical expenses untuk serious diseases diri sendiri, pasangan atau anak : RM6,000
Atau
Complete medical check up : RM500
Walaupun kita masih lagi alhamdulillah sihat, apa kata kita spend untuk buat full medical check up. Supaya kita dapat kenal pasti jika ada sebarang masalah. Atau untuk pastikan badan kita dalam keadaan sihat. Lebih baik invest pada diri sendiri dari bayar LHDN. Bukan hanya untuk kita, boleh buat untuk pasangan dan juga anak.
.
.
5. Lifestyle : RM2,500
Spend lah sedikit duit kita untuk membeli buku, atau mungkin membeli computer (jika perlu). Bagi yang suka bersenam apa salah nya subscribe membership untuk gymnasium.
Atau yang paling mudah langgan internet. Itu memang sangat keperluan untuk kita pada zaman sekarang. Ini pun boleh bantu kita mengurangkan cukai personal.
.
.
6. Purchase breastfeeding equipment : RM1,000
Ini hanya untuk ibu-ibu, kalau kita sedang hamil, jom kita invest untuk berikan yang terbaik untuk anak kita. Iaitu susu ibu. Beli peralatan penyusuan yang boleh memudahkan urusan kita dan anak nanti, ini pun boleh bantu kurangkan cukai kita. Secara tak lansung tambahkan khasiat untuk anak kita
.
.
7. Net saving in SSPN scheme : RM6,000
Ibarat bertukar account je yang ni, dari account saving kita yang lain ke account SSPN. Tak hilang pun duit tu, malah mungkin boleh digandakan dengan dividend. Simpanan pun bertambah, cukai pun berkurang. Bijak ke sangat bijak☺️
.
.
8. Childcare fees yang dibayar ke childcare centre atau kindergaten
Ini lah masa nya untuk cari early childhood education yang terbaik untuk anak kita. Walaupun mungkin figure nya tak besar, tapi at least lebih baik kita spend untuk kebaikan anak kita, dari #kurangbijak membayar cukai😬
.
.
9. Life insurance and EPF : RM6,000
Bayaran untuk protection diri sendiri lebih baik dari kita bayar cukai yang terlalu tinggi😌
Sekurang-kurangnya kita tahu kita dilindungi. Dan yang best nya premium yang kita bayar ni pun boleh kurang kan cukai👩🏼⚕️
Atau pun, kita juga boleh menabung dalam KWSP kita, sebagai bekalan hari tua. Yang pasti duit tu tetap kita punya. Apa salah nya kan?😊
.
.
10. PRS : RM3,000
Ini pun sejenis simpanan untuk diri sendiri, so boleh fikir sendiri lah kot, nak tambahkan saving atau nak bayar tax terlalu tinggi☺️
.
.
11. Insurance premium untuk medical atau education : RM3,000
Sama seperti di life insurance tadi, tapi ni lebih kepada medical dan education insurance. Premium tahunan yang kita bayar tu boleh mengurangkan cukai kita👩🏼⚕️
.
.
12. Education fees : RM7,000
Kita boleh gunakan peluang ini bagi mereka yang nak menyambung pelajaran, samada di peringkat sijil, diploma, degree, master atau PHD. Dalam apa juga bidang. Termasuk lah vokasional atau technical
Invest pada ilmu tak pernah rugi kan !
Ada lagi beberapa relief contoh nya seperti berikut …
➡️ untuk disable individu
➡️ relief jika pasangan kita tiada pendapatan
➡️ jika pasangan kita juga disable
➡️ relief untuk anak-anak yang kurang dari 18 tahun
➡️ untuk anak yang lebih dari 18 tahun tapi masih belajar dan belum berkahwin
➡️ anak yang disable
ZJ bersama MJ dan Cikgu Cukai
Credit & thanks to my tax agent Puan Zurianee yang banyak membantu dan share tips tentang Tax Planning.
Wahai adik2 dan anak2ku cuba semak balik list di atas ni…. apa yang boleh jadikan kita pembayar cukai yang bijak☺️😍
Dapatkan ilmu kewangan dan bajet di www.KewanganAnda.com
*********************************************************
Anda dijemput ke “COACHING KEWANGAN ANDA”.
Dalam coaching ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.
Apa yang anda dapat pelajari:
1) Rahsia Membaiki “Cash Flow” Anda
2) Teknik Membina “Net Worth”
3) Maklumat Tentang “Holding Power”
4) 8 Strategi Melunaskan Hutang Rumah Dalam Masa 10 Tahun
5) Merancang Persaraan – Cara Bina “Passive Income”
Coaching ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.
Maklumat:-
Venue : Ampang, Cheras dan Shah Alam
Tarikh : Sabtu
Waktu : 9.00am to 1pm
Fee : RM25 (PERCUMA sebab ada yang sponsor – limited to 10 seats)
Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.
DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.
Leave a Reply