Apa Itu Saham Amanah ?

Kita perlu ada 2 tabung ini iaitu simpanan & pelaburan. Tabung simpanan adalah tabung yang kita gunakan untuk kecemasan (Emergency Fund) manakala tabung pelaburan kita mahu duit kita bekerja dengan lebih kuat sekurang-kurangnya mengatasi tahap inflasi.

Bercakap tentang pelaburan, kita boleh laburkan sebahagian dari duit kita dalam Saham Amanah atau Unit Amanah (Unit Trust).  Apabila disebut SAHAM, secara asasnya ia berkaitan saham seperti di Bursa Malaysia. Apabila disebut AMANAH ia adalah organisasi yang mempunyai kepakaran dalam memikul tanggungjawab yang diberi. Contoh salah satu syarikat amanah yang ada di Malaysia adalah Amanah Raya Berhad (ARB).

Syarikat amanah diberi tanggungjawab untuk memastikan kepentingan pelabur dijaga. Setiap dana mempunyai ‘surat ikatan’ (the deed) sendiri. Mengikut perlembagaan atau ’surat ikatan’ itu, syarikat amanah adalah pemilik sah bagi kesemua aset dalam dana unit amanah (unit trust) tersebut yang dipegang bagi pihak pelabur atau pemegang unit.

Surat ikatan juga akan menentukan dimana pelaburan sesuatu dana itu akan dibuat. Secara amnya, terdapat 4 kategori dana unit amanah:

  1. Dana Ekuiti – Pelaburan Saham
  2. Dana Pendapatan – Pelaburan Bon / Sukuk
  3. Dana Timbang – Pelaburan Saham dan Bon / Sukuk
  4. Dana Pasaran Wang (Money Market)

Syarikat amanah diberi tugas untuk memantau perjalanan pelaburan sesebuah dana itu mengikut seperti yang dibenarkan dalam surat ikatan tersebut. Jadi pelabur tidak perlu risau tentang pihak pengurus dana melabur di tempat yang tidak sepatutnya.

Terdapat dua jenis unit amanah (unit trust) yang utama di Malaysia iaitu:

  • Harga seunit tidak berubah. Contohnya dana ASB dimana harga seunit kekal RM1.00
  • Harga seunit berubah-ubah mengikut nilai aset bersih. Contohnya dana Amanah Saham Nasional.

Pelaburan Unit Amanah (unit trust) boleh memberi potensi pulangan yang tinggi. Berdasarkan ‘track record’ agihan pendapatan ataupun pulangan pelaburan, ada unit trust yang memberikan pulangan yang berkali ganda dibandingkan dengan yang diberikan oleh bank untuk simpanan tetap (fixed deposit). Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa setiap pelaburan itu dijamin keuntungannya.

Pelbagai kaedah dan tujuan kita melabur di dalam Unit Trust Swasta

Antaranya adalah:

  1. Melabur menggunakan duit KWSP – Untuk dana persaraan bagi staf di sektor swasta.
  2. Melabur secara sekali gus (lump sum) – Untuk mencapai sesuatu matlamat (dana persaraan, tabung pendidikan, dana deposit rumah, dana mengerjakan haji dan lain-lain).
  3. Melabur secara potongan bulanan dari akaun bank.
  4. Melabur untuk Skim Pencen Kedua (Private Retirement Scheme – PRS).

Di dalam pelaburan Unit Trust yang harganya berubah-ubah, antara yang penting untuk kita ketahui adalah:

No Maklumat Yang Perlu Diketahui Dan Difahami
1 Mandat Pendapatan (Income Mandate) dan Mandat Modal (Capital Mandate)
2 Caj servis yang dikenakan
3 Jangkamasa pelaburan (antara 3 hingga 5 tahun)
4 Kos Pemurataan Ringgit (Ringgit Cost Averaging)
5 Beza antara Switching & Redeem

Konsultan Unit Trust yang bagus, memberikan kita pendidikan asas sekurang-kurangnya untuk menerangkan tentang perkara di atas. Penting untuk kita memahami perkara-perkara asas ini supaya dapat memaksimumkan peluang membuat keuntungan di dalam unit trust.

Konsultan Unit Trust yang tak ikut FINANCIAL RULES atau yang agak mata duitan, mengelakkan untuk menceritakan perkara di atas, kerana tujuan dia datang berjumpa kita hanya kerana mahukan komisen sahaja, bukannya mendidik pelanggan untuk memahaminya.

Melabur di dalam Unit Trust memerlukan kita melabur sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun, supaya peluang untuk kita membuat untung lebih tinggi. Seperti kita tanam pokok durian, kita perlu tunggu untuk pokok itu berbuah dan mengeluarkan hasil, selepas itu barulah kita mendapat pendapatan untuk menampung kos tanam dan kos beli tanah.

Tahun pertama pelaburan kadangkala ia hanya dapat menampung kos caj servis. Jadi sebaiknya pelaburan Unit Amanah (Unit Trust), digunakan untuk dana persaraan, pendidikan anak-anak, atau dana untuk deposit beli hartanah.

Di dalam memilih dana, ambil kira juga dana yang memberikan perlindungan takaful untuk kematian ataupun kemalangan. Ada dana yang sekiranya kita mati, keluarga kita dapat satu kali ganda daripada nilai duit pelaburan bersih pada hari ini.

Ada syarikat Unit Trust yang menawarkan TAKAFUL serta WASIAT PERCUMA untuk pelabur yang membuat pelaburan melebihi tahap tertentu yang mereka tetapkan.

*********************************************

Anda dijemput ke “COACHING KEWANGAN ANDA”.

Dalam coaching  ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.

Apa yang anda dapat pelajari:

1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth
3) Maklumat Tentang Takaful
4) Strategi Melunaskan Hutang
5) Merancang Persaraan

Coaching ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.

Maklumat:-

Venue : Ampang Business Center

Waktu : 9.30am to 1pm

Fee : RM25

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*