Bagaimana Melatih Diri Menyimpan Wang

Harga petrol naik RM0.20! Inilah isu terhangat sekarang. Hakikat sebenar kehidupan, kos sara hidup pastinya akan meningkat. Jadi apa nak buat? Tiada pilihan, untuk hidup lebih senang.. kita haruslah berjinak-jinak dengan bisnes dan melatih diri anda menyimpan wang.

z Minyak Naik

Semua orang ada impian memiliki wang simpanan yang banyak di dalam akaun bank mereka. Namun, di sebabkan tidak ada bimbingan, kebanyakan orang akan alpa dan belanjakan semua wang tanpa menyimpan. Di dalam artikel ini,anda akan dapat idea bagaimana melatih diri untuk menyimpan wang.

Langkah pertama : Setkan matlamat anda.
Kenapa anda ingin simpan wang? Adakah untuk persediaan hari tua? Adakah untuk di jadikan modal perniagaan ? Adakah untuk bayar installment kereta ? Adakah untuk beli rumah ? Anda perlu ada tujuan yang jelas kenapa anda ingin simpan wang, barulah anda lebih bersemangat. Adanya matlamat membuatkan anda rasa berharga jika anda berjimat dan menyimpan wang. Kalau boleh, tuliskan matlamat anda di kertas dan tampal di dinding bilik anda. Dengan ini, anda akan sentiasa focus kepada matlamat.

Langkah kedua : Tetapkan tarikh akhir.
Anda perlu ada tarikh akhir. Contohnya, anda ingin simpan RM60, 000 dalam masa 3 tahun untuk di jadikan modal perniagaan. Tarikh akhir anda perlulah realisitik dan tidak membebankan. Adanya tarikh akhir membuatkan anda lebih fokus untuk menyimpan.

Langkah ketiga : Tentukan sumber wang yang anda akan gunakan untuk menyimpan.
Anda sudah ada matlamat. Anda juga ada tarikh akhir. Sekarang, anda perlu ada wang untuk di simpan. Jika anda bekerja, sudah tentu gaji adalah sumber utama. Namun, jika anda dapati sumber dari gaji anda tidak cukup untuk mencapai matlamat anda, anda boleh cari kaedah alternatif seperti menjadi perunding unit amanah separuh masa atau berniaga secara part time sebagai sumber wang untuk dijadikan simpanan.

Langkah keempat : Rancang bajet.
Kenal pasti jumlah perbelanjaan seperti minyak kereta, barang dapur, isi rumah, bil utiliti, hiburan dan sebagainya. Peruntukkan wang yang mencukupi untuk kegunaan diri dan keluarga anda berdasarkan bajet yang anda rancang. Lebihan wang selepas di tolak hutang wajib bayar iaitu rumah dan kereta, peruntukkan bajet bulanan, anda masukkan ke dalam simpanan tetap anda.

Langkah kelima : Berjimat.
Melalui bajet bulanan yang anda rancang, anda cari cara untuk lebih berjimat supaya lebih banyak wang boleh di simpan ke dalam bank. Otak anda perlu ligat memikirkan cara untuk simpan wang, barulah anda akan nampak jalan hendak berjimat. Sentiasa set di dalam fikiran untuk membeli berdasarkan keperluan bukannya nafsu!

Langkah keenam : Sentiasa analisis perkembangan.
Berdasarkan matlamat yang telah anda tetapkan, anda sentiasa siasat perkembangan semasa wang yang anda simpan. Adakah anda akan berjaya capai matlamat sebelum tarikh akhir atau tidak ? Jika tidak sempat, cari punca dan baiki ia dengan cepat. Jika sempat,anda cari juga puncanya supaya anda boleh gunakan teknik tersebut di masa hadapan.

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk Carta Perbelanjaan secara PERCUMA.

p/s: Jom SERTAI kami sebagai usahawan “Perunding Kewangan” dengan modal serendah RM100! Tapi anda mampu dapat pendapatan yang tiada TERHAD bergantung pada USAHA & DOA anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*