Kanak-kanak paling teruja menyambut Syawal. Bukan saja mendapat baju, kasut serta persalinan baru, di hari raya kanak-kanak akan menerima duit raya daripada orang-orang dewasa.
Ada yang boleh mengumpul ratusan dan ribuan duit raya sepanjang Syawal ini dan sudah pastinya anak-anak ini membayangkan beraneka barangan boleh dibeli.
Sebagai ibu bapa, kita boleh mendidik anak-anak untuk merancang duit raya yang diperolehi bagi mengelakkan mereka menghanguskan duit raya ini. Ibu bapa harus bijak mendidik anak dan sesuailah dengan pepatah mengatakan, Melentur Buluh Biarlah dari Rebung.
(1) Peruntukan sedikit mengikut kerelaan anak dalam menyumbang duit raya bagi tujuan KEBAJIKAN atau SUMBANGAN
Amalan bersedekah mengajar erti bersyukur serta prihatin terhadap orang lain. Jumlah dan badan yang menerima sumbangan biarlah berdasarkan kerelaan anak. Anak akan lebih menghargai dan gembira dapat berbakti kepada golongan yang memerlukan.
(2) Belanjakan sebahagian untuk menunaikan hajat si anak.
Berikan sedikit insentif terhadap anak kerana duit berkenaan adalah miliknya. Hadkan peruntukan berkenaan tidak melebihi satu pertiga jumlah wang raya yang diterima. Andai nilai barang terlalu mahal, ajaklah berunding agar si anak tidak memberontak dan menangguhkan keinginannya tahun depan.
(3) Utamakan sebahagian besar kutipan raya bagi tujuan simpanan.
Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada duit raya perlu disimpan. Tunjukkan simpanan berkenaan setiap tahun dan terangkan kepentingan wang terbabit terhadap anak agar mereka dapat memahaminya. Satu masa apabila simpanan itu dibelanjakan bagi keperluannya, nyatakan manfaat daripada sikapnya menabung setiap kali menerima duit raya mahupun duit poket.
(Tips : Kaya Dunia Akhirat)
*********************************************************
Anda dijemput ke “COACHING KEWANGAN ANDA”.
Dalam coaching ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.
Apa yang anda dapat pelajari:
1) Rahsia Membaiki “Cash Flow” Anda
2) Teknik Membina “Net Worth”
3) Maklumat Tentang “Holding Power”
4) 8 Strategi Melunaskan Hutang Rumah Dalam Masa 10 Tahun
5) Merancang Persaraan – Cara Bina “Passive Income”
Coaching ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.
Maklumat:-
Venue : Ampang, Cheras dan Shah Alam
Tarikh : Sabtu
Waktu : 9.00am to 1pm
Fee : RM25 (PERCUMA sebab ada yang sponsor – limited to 10 seats)
Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.
DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.
Leave a Reply