Baki Hutang Rumah Boleh Meningkat

Hujung tahun lepas Nizam berkesempatan belajar tentang HOUSING LOAN. Kat sini Nizam tulis beberapa note kewangan untuk rujukan adik-adik dan sahabat-sahabat yang merancang nak beli rumah pertama.

 

1. Bila kita buat payment housing loan ada 2 bahagian iaitu principal dan interest.

 

2. Setiap bulan, payment yang kita bayar akan di pecahkan kepada 2 iaitu sebahagian kecil untuk principal dan sebahagian besar untuk interest.

 

3. Walaupun payment principal sangat kecil tapi baki hutang sepatutnya berkurangan.

 

4. Tetapi ada satu keadaan di mana apabila overnight policy rate (ditentukan BNM) naik, maka bank rate akan naik.

 

5. Bila bank rate naik, interest naik maka payment bulanan patut naik juga.

 

6. Tapi sebagai penghutang, jika kita kurang peka kepada situasi ni, kita mungkin akan membayar jumlah yang sama setiap bulan tanpa menyedari sepatutnya bayaran sudah meningkat.

 

7. Maka, portion bayaran interest akan meningkat dan portion principal makin kecil.

 

8. Ini menyebabkan hutang tak berkurangan sangat.

 

9. Malah sampai satu tahap kenaikan, bayaran bulanan tak mampu lagi untuk menampung interest.

 

10. Maka hutang principal bukan berkurangan malah meningkat.

Discussion with Banker and Nazri CFP on my 1st Housing Loan

Jom belajar cara nak cepat habiskan HUTANG RUMAH kita dalam tempoh 10 tahun. Siapa yang nak belajar boleh join “Coach121” dengan my sifu2.

Terima kasih atas ilmu to all my sifu2… abah, mama, MJ, Abang Ahyat, Sis Bella, Bankers, Laywer & ramai lagi.

Mama dan abah selalu pesan.. BELAJAR, AMAL and SHARE ilmu yang manfaat. So today Nizam share sedikit ilmu kewangan.

Boleh SHARE jika bermanfaat.

 

Ikhlas,
Apprentice Nizam

*********************************************************

 

Anda dijemput ke “COACHING KEWANGAN ANDA”.

Dalam coaching  ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.

 

Apa yang anda dapat pelajari:

1) Rahsia Membaiki “Cash Flow” Anda
2) Teknik Membina “Net Worth”
3) Maklumat Tentang “Holding Power”
4) 8 Strategi Melunaskan Hutang Rumah Dalam Masa 10 Tahun
5) Merancang Persaraan – Cara Bina “Passive Income”

 

Coaching ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.

Maklumat:-

Venue : Ampang, Cheras dan Shah Alam

Tarikh : Sabtu

Waktu : 9.00am to 1pm

Fee : RM25   (PERCUMA sebab ada yang sponsor – limited to 10 seats)

 

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.

 

 

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*