Tips Untuk Bertahan Dalam Kegawatan Ekonomi

Jika kita berada di dalam keadaan di mana banyak perkara dan baranag keperluan naik harga, kita perlu bijak untuk mencipta jalan keluar dan bukannya mengeluh tanpa henti tapi tidak buat apa-apa pun. Apa yang penting adalah mendidik diri untuk bijak dalam menggunakan wang.

Ada beberapa cara atau tips yang boleh kita usahakan.  Antaranya…

Belajar Memasak

Ini antara langkah pertama yang sangat membantu untuk mengurangkan perbelanjaan kita untuk segmen makan. Beli barangan dapur dan kemudiannya memasak di rumah. Cuba dulu dan pastinya kita akan tersenyum bila dapat lihat penjimatan yang dilakukan terutama kepada keluarga yang ramai.  Penjimatannya sangat berbaloi.

Kongsi Kereta Atau Guna Kenderaan Awam – Cara yang bagus untuk mereka yang duduk di dalam kawasan yang berdekatan dan mampu menjimatkan wang ringgit berganda-ganda untuk membayar petrol. Belum cuba tapi sudah rasa susah? Maksudnya anda sanggup hidup dalam kerugian dan tidak suka menyimpan untuk masa depan.

Beli Barang Secara Online – Ia sangat membantu anda menjimatkan masa selain turut mengelakkan kita mengeluarkan wang untuk minyak kereta dan juga kena bayar parking. Nampak remeh bukan tetapi ini akan memberikan lebih masa untuk kita fokus kepada aktiviti yang lebih bermanfaat dan belajar kewangan secara online di www.KewanganAnda.com

Beli Barang Semasa Promosi Dan Dapatkan Hadiah Percuma – Untung beli semasa promosi sebab harga lebih murah.  Pastikan kita record harga barang yang dibeli supaya kita tidak terpedaya dengan promosi yang cuba mengambil kesempatan. Kita juga harus pandai membezakan barang KEMAHUAN dan KEPERLUAN.

Jangan Tukar Kerja – Terbaik jangan ambil risiko untuk tukar kerja semasa gawat kerana yang “terakhir masuk paling awal keluar”.

Pakai Sahaja Kereta Lama – Jangan beli kereta baru dan kereta mewah. Jangan cepat terpengaruh dengan hasutan sahabat-sahabat yang suka beli kereta mewah atau menghias kereta.  Sebab itu penting untuk kita pilih circle yang betul.

Berhenti Bina Hutang Baru – Sekiranya umur anda sudah mencapai 45 tahun fokus untuk langsaikan hutang-hutang dan kerak-kerak kewangan. Belajar cara untuk langsai hutang rumah dengan menggunakan instrument kewangan yang betul.

Tangguh Beli Rumah Mewah – Terbaik kita duduk di rumah kos rendah.

Urus Emergency Fund Dengan Bijak – Jangan belanja simpanan kecemasan, bila-bila masa akan berguna.

Jangan Tengok Katalog Shopping – Terutama kaum hawa, cuba elak tengok katalog shopping seperti IKEA, AVON etc sebab takut nanti geram nak tukar perabot rumah pula.

Tambah Ilmu Kewangan – Luangkan masa anda untuk membaca dan mencari ilmu.  Sebenarnya banyak cara dan idea untuk kita tambah pendapatan secara sambilan.

Jangan Merunggut –  Cuba tidak mengeloh masalah kewangan di depan ibubapa atau anak-anak.  Selalu sebut perkataan yang positif sebab apa yang kita cakap adalah doa.

Terus Bersedekah – Kita hurus yakin dengan bersedekah rezeki kita akan bertambah. Bersedekahlah selalu walaupun kita sedang susah atau diuji.

Semoga perkongsian tips ini dapat membantu kita mengharungi cabaran semasa kegawatan ekonomi.

******************************************************************************

Anda dijemput ke “COACHING KEWANGAN ANDA”.

Dalam coaching  ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.

Apa yang anda dapat pelajari:

1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth
3) Strategi Melunaskan Hutang
4) Merancang Persaraan

Coaching ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.

 

Maklumat:-

Venue : Ampang Business Center

Waktu : 9.30am to 1pm

Fee : RM25    (6 seats pertama PERCUMA sebab ada yang sponsor)

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*