Ramai sahabat saya bertanya – ASB halal or haram or harus ?
Pandangan our GAM Jaslinah yang ingin saya kongsi disini. Katanya terpulang masing-masing nak ikut fatwa yang mengatakan HARUS atas dasar maslahat, atau sekiranya was-was, elok dielakkan.
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti – jelas ASB & ASN TIDAK PATUH GARISPANDUAN SEKURITI SYARIAH.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan – melabur dalam ASB, ASN & dividen dan bonus yang diterima adalah HARUS. Boleh baca detail penjelasan di link dibawah.
http://www.asnb.com.my/pdf/keratanakhbar/hukumpelaburanASN-ASB.pdf
Tetapi perlu ingat Sabda Rasulallah s.a.w ….
“Tinggalkan perkara yang meragukanmu kepada perkara yang tidak meragukanmu”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Jadi jawapan sebenarnya dalam hati masing-masing. What does our conscience tell us ?
INFO TAMBAHAN :
1) Dividend ASB dikira PRORATA ke atas baki terendah setiap bulan selama 12 bulan dari Januari hingga Disember.
2) Bonus Unit ASB dikira PRORATA ke ata baki terendah 120 bulan (yes 10 years).
So, jangan terkejut bila kira div + bonus diterima tak sama seperti yang diwar-warkan oleh PNB. Bukan silap kira atau kalkulator rosak, but sebab mekanisma baki 12 bulan dan 120 bulan.
Ada juga yang tanya – ASB boleh dizakatkan ke ?
Eloklah tanya terus kat Pusat Zakat berkenaan hal ini.
___________________________________________________________________________________
Anda dijemput ke “SEMINAR KEWANGAN ANDA”
Dalam seminar ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.
Apa yang anda dapat pelajari:
1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth Jutawan
3) Pengiraan Perlindungan Pendapatan
4) Strategi Melunaskan Hutang
5) Merancang Persaraan
6) Infografik Bajet 2015
Seminar ini sesuai buat mereka yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan. Seminar Fee RM50 dan tempat terhad.
Maklumat Seminar:-
Venue : Ampang Business Center
Tarikh : 25 Oct 2015 (Sabtu)
Waktu : 9.30am to 1pm
Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut.
_____________________________________________________________________________
DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.
Leave a Reply