Atas pemintaan sahabat dan saudara mara terdekat. Kami akan ceritakan sedikit sebanyak pengalaman di New Zealand. Semoga dapat dijadikan rujukan kepada sahabat yang merancang untuk “skydive” di sana nanti.
Kita boleh “skydive” di beberapa tempat di New Zealand seperti Auckland, Queenstown, Wanaka etc. Pastikan kita check cuaca pada hari tu. Kalau hujan atau angin kuat, kita tak boleh skydive.
Kami sampai di Wanaka Airport pukul 1.30pm. Tempat menunggu pun cantik. Walaupun cahaya matahari memancar dengan terik, tapi maintain aje sebab sejuk dan nyaman. Datanglah assistant SkyDive Wanaka suruh kami tengok video cara nak terjun & inform yang kami akan fly dalam lebih kurang 30 minit lagi.
Tiba masanya untuk naik kapal terbang, perghhh….jalan macam cara nak pegi berperang nih! Ala-ala dalam movie tu…jalan nak pegi berperang sambil angin dari kipas plane tu bertiup kencang. Masuklah kami dalam badan pesawat. Duduk rapat-rapat. Setiap terjunan akan diikuti oleh jurugambar dan instructor yang terikat kat belakang badan kita. Kemas ikatannya. Terbang sampai 12000kaki. Zarina DFC terjun dulu..then Nazri CFP.. Nurmiza & Najib. Kami mengesot sama-sama instructor tu sampai ke muka pintu pesawat. Muka ke arah jurugambar yang berdiri dekat pintu untuk ambil gambar. Lepas itu, yang kami ingat…kami dah melayang ke udara. Muka ni maintain senyum…sampai naik kejang tulang rusuk pipi rasanya. Memang hidung, mulut dah tak rasa apa-apa dah. Rasa kasut nak tercabut pun ada. Hahahaha….
Selepas 45 saat freefall, payung terjun terbuka. Lega sikit rasanya. Tapi still gayat…menjerit laaa tanda seronok. Means dah selamat…..btw, view memang super duper cantikkkkk!! Nak tunggu sampai jatuh ke tanah ambil masa kira-kira 5-10minit. Time tu, enjoy laaa view puas-puas, biar berbaloi harga yang dibayar… Alhamdulillah….kami selamat kembali ke Bumi. Happy tak terkata. I DID IT!!! HOW BOUT YOU GUYS??? I EMBRACED MY FEAR!!! FEARLESS!!!
Kami ambil yang 12000 feet. Kalau yang 15000, kena ambil oksigen
Semua tulis “FEARLESS” kat jari.
Skydive Awesome!!!
Saksikan video Nurmiza (pelajar 13 tahun) Skydive at Lake Wanaka New Zealand.
Video Nurmiza SkyDive @ Lake Wanaka New Zealand
Saksikan video Zarina DFC (akauntan) Skydive at Lake Wanaka New Zealand.
Video Zarina DFC SkyDive @ Lake Wanaka New Zealand
Layari www.KewanganAnda.com dan klik “Like” fanpage www.facebook.com/KewanganAnda
untuk dapatkan Tips Merancang Bajet Untuk Ke New Zealand & Tips Berjimat Apabila Melancong.
____________________________________________________________________________________
Jemput “LIKE” facebook fanpage www.fb.com/KewanganAnda untuk tips kewangan. Comments & sharing sahabat2 dialu-alukan. Thks
Anda juga dijemput ke “BENGKEL KEWANGAN ANDA”
Dalam bengkel ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.
Apa yang anda dapat pelajari:
1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth Jutawan
3) Pengiraan Perlindungan Pendapatan
4) Strategi Melunaskan Hutang
5) Merancang Persaraan
6) Infografik Bajet 2015 & Rumah PR1MA Khas Untuk Belia
Seminar ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.
Maklumat Seminar:-
Venue : Ampang Business Center
Tarikh : 30 Nov 2015 (Ahad) atau rujuk NZM Academy Calendar)
Waktu : 9.30am to 1pm
Fee : RM50
Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.
____________________________________________________________________________________
Kami mencari calon Perunding Kewangan Islam dari kalangan bumiputra yang berniat untuk menambah pendapatan atau menambah ilmu dalam Bidang Kewangan Islam.
Syarat-syarat adalah:
– Min SPM Kredit 5 Subjek termasuk Bahasa dan Matematik
– Tinggal di Malaysia (Terutama Lembah Klang)
– Tidak takut dengan WANG
– Boleh bercakap dengan Manusia
Call/sms/Whatsapp @ 019-2121210 untuk temunjanji atau layari laman web http://bit.ly/DaftarEjen untuk pendaftaran.
DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.
Leave a Reply