Apa Itu My Deposit ?

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan (M40) memiliki rumah pertama. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan di dalam pembentangan Bajet. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.

 

So … My Deposit ni untuk semua rakyat Malaysia yang ingin memiliki rumah PERTAMA sahaja ya.

Kini Skim MyDeposit yang ditunggu-tunggu telah di buka permohonannya pada 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018.

 

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MYDEPOSIT

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK.
  • Pendapatan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM15,000

KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN

  • Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja
  • Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
  • Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK

 

Nizam & Najib walaupun bukan accounting background dah mula mendalami ilmu Kewangan, Pelaburan, Hartanah & Tax Planning.

 

Alhamdulillah… Allah buka hati mereka untuk mula create HOLDING POWER, belajar bina PROFIL KEWANGAN mantap & leverage OPM.

Gambaq ni masa Nizam tengah ambil peduli tentang “MyDeposit”.

Please turn KNOWLEDGE into ACTIONs.

 

Bagi yang berminat untuk memohon Skim MyDeposit ini, boleh lah semak syarat-syarat permohonan ya.

Permohanan Skim MyDeposit boleh dilakukan melalui Laman Sistem Pengurusan Perumahan Negara di https://sprn.kpkt.gov.my

 

Adik2 & anak2 yang nak mendalami ilmu kewangan bolehlah baca Nota Kewangan yang ditulis oleh coach Nazri CFP dan Zarina IFP di www.KewanganAnda.com

 

*********************************************

Anda dijemput ke “COACHING KEWANGAN ANDA”.

Dalam coaching  ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.

Apa yang anda dapat pelajari:

1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth
3) Maklumat Tentang Takaful
4) Strategi Melunaskan Hutang
5) Merancang Persaraan

 

Coaching ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.

Maklumat:-

Venue : Ampang Business Center

Waktu : 9.30am to 1pm

Fee : RM25

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.

 

 

 

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*