Makanan Yang Boleh/Tak Boleh Bawa Masuk Ke New Zealand & Australia.

Australia & New Zealand 2

Semua pasti risau tentang makanan yang halal semasa melancong ke luar negara. Di Australia dan New Zealand makanan halal ada di bandar besar seperti Sydney, Christchurch dan Queenstown. Bagi mereka yang nak jimatkan belanja sudah semestinya nak bawa sedikit sebanyak bahan makanan dari Malaysia. Betul tak? Kami pun begitu juga. Nak save bajet katakan.

 

Sharing kami di sini based on pengalaman dan bacaan kami sebelum berangkat ke Australia dan New Zealand.  Semoga info dan tips kami dapat menjadi rujukan sahabat dan saudara mara kami.

 

Makanan yang BOLEH dibawa:

  • Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb.
  • Ikan sardin/tuna dalam tin.
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih).
  • Kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi.
  • Ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco/Giant).
  • Beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur.
  • Nescafe (yang tak ada susu, hanya guna non-dairy creamer).
  • Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil.
  • Ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by your doctor). Panadol atau balm boleh bawa.
  • Rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket.

 

Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:

  • Serunding daging/ayam.
  • Bahan makanan yang mengandugi telur.
  • Hasil tenusu seperti mayonis, susu, cheese etc.
  • Minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1).
  • Buah-buahan.
  • Rempah ratus yang berbentuk biji seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belum dikisar.
  • Daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini.

 

Sebelum kita turun dari kapal terbang, kita akan diberikan “ARRIVAL CARD”, jangan lupa untuk tanda “X”pada ruangan disediakan seperti makanan ataupun ubat-ubatan yang dibawa. Please declare whatever you bring. Jika anda didapati tertangkap dan jika sabit kesalahan membawa bahan terlarang. Anda akan disaman on the spot lebih kurang AUD340+++ jika sabit kesalahan. Selain itu, boleh dibicarakan, denda lebih dari AUD60k ataupun penjara selama 10 tahun.

 

Kalau boleh, asingkan siap-siap bahan makanan yang kita bawa dalam satu beg/kotak. Sediakan senarai ringkas bahan makanan yang dibawa tu in case pegawai kat situ tanya dan periksa. Pada pandangan kami barang seperti beras, sayuran, telur, roti… semua boleh beli kat Australia & New Zealand. Tak mahal pun.

 

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut untuk apa yang perlu di “DECLARE”, boleh rujuk di website ini

—> Australia Biosecurity

Rujukan  HALAL restaurant at South Island New Zealand

—> http://www.tourismnewzealand.com/media/813836/halal_culinary_guide_-_south_island.pdf

____________________________________________________________________________________

Jemput “LIKE” facebook fanpage www.fb.com/KewanganAnda  untuk tips kewangan. Comments & sharing sahabat2 dialu-alukan. Thks

Anda juga dijemput ke “BENGKEL KEWANGAN ANDA” 

Dalam bengkel  ini anda akan mempelajari cara-cara mencapai matlamat kewangan anda dengan modul yang disediakan.

Apa yang anda dapat pelajari:

1) Rahsia Membaiki Cash Flow Anda
2) Teknik Membina Net Worth Jutawan
3) Pengiraan Perlindungan Pendapatan
4) Strategi Melunaskan Hutang
5) Merancang Persaraan
6) Infografik Bajet 2015 & Rumah PR1MA Khas Untuk Belia

Seminar ini sesuai buat mereka (terutama belia) yang mahu bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, yang mahu mengubah diri dari beban kewangan kepada bebas kewangan.

Maklumat Seminar:-

Venue : Ampang Business Center

Tarikh  : 30 Nov 2015 (Ahad) atau rujuk NZM Academy Calendar)

Waktu : 9.30am to 1pm

Fee       : RM50

 

Hubungi Nazri CFP @ 019-2121210 atau email ke nazri.cfp@gmail.com untuk keterangan lanjut kerana tempat terhad.

_____________________________________________________________________________________

Kami mencari calon Perunding Kewangan Islam dari kalangan belia / pekerja yang berniat untuk menambah pendapatan atau menambah ilmu dalam Bidang Kewangan Islam.

Syarat-syarat adalah:
– Min SPM Kredit 5 Subjek termasuk Bahasa dan Matematik
– Tinggal di Malaysia (terutama Lembah Klang)
– Tidak takut dengan WANG
– Boleh bercakap dengan Manusia

 

Call/sms/Whatsapp @ 019-2121210 untuk temunjanji atau layari laman web http://bit.ly/DaftarEjen untuk pendaftaran.

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*