Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari:-
-Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
-Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
-Jika anda merokok.
-Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
-Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
-Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
-Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
-Jika anda kurang bersenam.
-Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung:-
-Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
-Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
-Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
-Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
-Digalakkan memakan daging putih “white meat” seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah “red meat” seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
-Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
-Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
Sumber : Kementerian Kesihatan
Jemput “LIKE” facebook fanpage www.fb.com/KewanganAnda untuk tips kewangan. Comments & sharing sahabat2 dialu-alukan. Thks
DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.
Leave a Reply