Menetapkan Matlamat Kewangan

Menetapkan matlamat kewangan sememangnya satu latihan mental yg sukar dilakukan. Memang susah utk meluangkan sedikit masa dari kesibukan tugas untuk duduk tenang sambil menulis di atas sekeping kertas wawasan kewangan anda 5 tahun ke hadapan. Antara contoh wawasan kewangan yg sering disuarakan oleh hati kita :

1. Saya suka melancong jadi saya nak buat satu trip setiap tahun bermula pd umur 45 tahun
2. Saya ingin menyediakan wang utk pendidikan peringkat PhD bg anak-anak saya
3. Dah benci kerja makan gaji, saya nak berhenti kerja dan mula perniagaan sendiri dlm masa 2 tahun
4. Saya nak pastikan semua harta saya dibahagikan sama rata

Cuba anda senaraikan wawasan anda sendiri mengikut kepentingan
(1 hingga 3, 1=paling penting, 2=sederhana, 3=tidak penting)

Cuba anda pilih wawasan kewangan yg anda betul-betul minat sehingga mampu menguja semangat anda. Kalau boleh libatkan keluarga bersama. Sama ada wawasan tersebut berjaya atau tidak merupakan soal kedua. Selepas berjaya memperoleh satu senarai wawasan, baca wawasan tersebut sebelum tidur.
Selamat mencuba.

p/s: Jemput “LIKE” facebook fanpage www.fb.com/KewanganAnda

DISCLAIMER: Segala yang ditulis di fanpage atau blog www.KewanganAnda.com adalah dari sumber bacaan saya, pandangan saya secara peribadi dan tidak melambangkan atau mewakili mana-mana organisasi yang saya terlibat.

 

Sumber : Bijak Urus Wang, Kunci Bebas Hutang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*