Pengalaman Haji 2015

Alhamdulillah…  Segala puji saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. yang Maha Mendengar dan menunaikan hajat dan niat hambaNya.  Saban hari kami panjatkan doa semoga kami diterima menjadi tetamuNya yang istimewa.  Akhirnya pada 12 September 2015 yang lepas kami telah berlepas ke Tanah Suci menunaikan ibadah haji.

 

Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Dato’ Ustaz Hj Md Daud, Ustaz Salahuddin, Ustaz Arif, Ustaz Hafiz, Ustazah Normala, Ustazah Jamaiyah & beberapa mutawwif yang banyak membantu kami semasa di sana.

 

Disebabkan kami berlepas pada penghujung musim haji (KT54), kami terus saja dibawa ke kota Makkah. Penerbangan Saudia (SV 5523) dari Kuala Lumpur ke Jeddah memakan masa kira-kira 8 jam. Semua jemaah haji diuruskan di King Abdul Aziz International Airport di Jeddah melalui Terminal Haji. Dari Terminal Haji di Jeddah para jemaah dibawa menaiki bas ke Makkah.

Airport Jedah

 

Kami sampai di Hotel Malak Ajyad pada waktu Asar. Selepas solat Isyak dan makan malam, kami pergi ke Baitullah untuk menyempurnakan ibadah Umrah (Tawaf, Saie dan Bercukur)

Apabila melihat kaabah … tidak sedar air mata kesyukuran jatuh ke pipi.  Seakan tidak percaya kami diberi peluang berada di sini. Dalam blog ini, kami akan share beberapa gambar yang sempat kami rakam sewaktu berada di sana.

 

TARWIYAH DI MINA

Pada malam 8 Zulhijah, selepas solat Isyak, kumpulan jemaah kami bertolak ke Mina untuk tarwiyah di sana. Ini adalah mengikut sunnah Nabi s.a.w. Nabi singgah di Mina dan berehat di sana dalam perjalanan menuju ke Arafah.

 

WUKUF DI ARAFAH

Pada 9 Zulhijah, setelah solat Subuh, kami berangkat menuju ke Padang Arafah. Waktu wukuf bermula setelah gelincir matahari (masuk waktu zuhur) sehingga terbenam matahari (masuk waktu Maghrib).

 Arafah 1

Arafah 2

Arafah 3

MUDZALIFAH

Setelah masuk waktu maghrib, kami bertolak dari Arafah ke Mudzalifah dengan menaiki bas. Bas bergerak amat perlahan kerana banyak kenderaan dan manusia yang menuju ke destinasi yang sama.  Di Mudzalifah kami perlu kutip 70 batu-batu kecil untuk melontar di Jamrah.

Mudzalifah 2

Nazri CFP mengutip batu di Mudzalifah untuk melontar

Mudzalifah 1

MINA

Perjalanan ibadah seterusnya dari Mudzalifah  ke Mina untuk bermalam di sana. Jemaah mula bergerak ke Mina selepas waktu tengah malam.  Tujuan jemaah bergerak ke sana adalah untuk melontar di ketiga-tiga Jamrah. Ibadah melontar adalah mengenangkan peristiwa di mana Nabi Ibrahim a.s telah diuji Tuhan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Demi keimanan kepada Allah, kedua-dua beranak tersebut bersedia untuk melaksanakan perintahNya. Dalam perjalanan, kedua-dua mereka telah diganggu oleh Syaitan yang ingin menyesatkan kedua mereka supaya ingkar kepada perintah Allah. Lalu kedua-dua mereka melontar batu ke arah Syaitan. Peristiwa inilah yang diabadikan sehingga menjadi sebahagian ibadah Haji.  Di Mina, Jemaah Haji ditempatkan di dalam khemah.

Selepas melontar di Jamratul Aqabah pada hari pertama, kami bercukur untuk keluar dari ihram (Tahlul Awal). Ramai jemaah mengambil kesempatan ini dengan membotakkan kepala. Saya juga tidak terkecuali.

Mina 2

Jamrah

Jemaah bermalam 3 malam untuk melontar di 3 Jamrah di Mina. Selesai melontar pada hari-hari tasyrik,  para Jemaah bergerak kembali ke Makkah untuk ibadah haji seterusnya: Tawaf dan Saei bagi melengkapkan ibadah Haji.

 

MAKKAH

Sekembali ke Makkah, para Jemaah  ke Masjidil Haram untuk ibadah Tawaf dan Saei. Pada musim Haji, kesemua tingkat bangunan Masjidil Haram dibuka untuk kegunaan Jemaah. Tahun ini jemaah boleh tawaf di aras bawah, tingkat 1, tingkat 2 dan aras bumbung. Aras bumbung selalunya kurang sesak berbanding di aras bawah.

Selepas Tawaf, diikuti dengan Saei, iaitu berjalan / berlari-lari anak di antara Bukit Safa dan Marwah sebagai mengenang peristiwa sewaktu Siti Hajar berlari-lari mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail yang masih bayi. Makkah yang ketika itu adalah kawasan kering-kontang.

Saei 1

Saei bermula dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.

ZIARAH TEMPAT BERSEJARAH

Selepas selesai menunaikan ibadah Haji, para Jemaah dibawa menziarah tempat-tempat bersejarah di Makkah. Antara tempat yang dilawati termasuklah Arafah, Mina, Gua Hira, Muzium, Jeddah dan Madinah.  Masjidil Haram, adalah masjid paling suci dalam agama Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukarramah. Masjidil Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.

Mekah 2

ARAFAH

Arafah adalah tempat berwukuf sewaktu Haji. Di sini juga Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbah Wida’) atau khutbah selamat tinggal. Dikatakan Nabi Adam diturunkan di India, Siti Hawa di Jeddah. Berjalanlah keduanya hingga bertemu di Arafah, di atas Jabal Rahmah.

Jabar Rahmah

Nazri CFP & Zarina Di Jabal Rahmah

MINA

Mina adalah jalan lembah yang disinggahi oleh para jemaah haji untuk melontar jamrah.

Mina 3

JABAL NUR

Jabal Nur di luar kota Makkah adalah sebuah bukit yang sangat tinggi. Di puncak bukit inilah terdapatnya Gua Hira’. Sejarah penting yang pada Gua Hira’ di mana ayat-ayat dari kitab suci Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk pertama kali. Sayu perasaan melihat tempat di mana wahyu mula diturunkan.

Gua Hira 2

Pemandangan dari Jabal Nur

Gua Hira 1

Gua Hira di Jabal Nur

JABAL THUR

Mengikut sejarah, ketika Rasulullah mula berhijrah ke Madinah, baginda bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi dari Kaum Quraisy di Gua Thur di Jabal Thur. Selama persembunyian tersebut, anak Abu Bakar, Asma mendaki Jabal Thur membawa makanan untuk Baginda Rasullullah dan ayahandanya.

Jabal Thur

MASJID MIQAT TANA’IM (MASJID AISYAH)

Sekiranya anda telah menetap di Makkah dan ingin menunaikan Umrah, anda perlu keluar dari Tanah Haram untuk bermiqat.

Masjid Aisyah Tanaim 2

Masjid Aisyah Tanaim

Salah sebuah tempat yang sering dikunjungi adalah Tana’im. Ia adalah tempat miqat yang paling dekat dengan kota Makkah. Masjid Miqat di Tana’im juga dikenali sebagai Masjid Aisyah kerana isteri Nabi Muhammad s.a.w, Siti Aisyah bermiqat dari sini sewaktu menunaikan umrah.

 

MASJID MIQAT JA’ARANAH

Masjid Miqat di Ja’aranah terletak agak jauh dari Makkah. Dikatakan bahawa miqat inilah yang disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Masjid Jaranah 1

Masjid Jaranah 2

JEDDAH

Jeddah adalah bandar pelabuhan yang terletak di pinggir Laut Merah. Sekiranya anda ingin berkunjung ke Makkah menggunakan kapalterbang, di sinilah terletaknya King Abdul Aziz Airport yang merupakan pintu masuk utama bagi Jemaah Haji dan Umrah.  Perjalanan dari Makkah ke Jeddah hanya mengambil masa kira-kira satu jam. Setibanya di sana, kami dibawa mengelilingi bandar Jeddah dan pusat membeli belah.

Nazri & Ustaz

Bersama Ustaz Salahuddin dan Ustaz Hafiz

Di Jeddah, kami berkunjung ke pusat membeli-belah Corniche Commercial Centre yang terletak di Al Balad. Kami berkesempatan ke Masjid Qisas.

Masjid Qisas

Bersama Hj Yusmin & Hjh Rose @ Masjid Qisas

Bukit Uhud 1

 Bukit Uhud

Bukit Uhud 2

 z Muzium Madinah 2

z Muzium Madinah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*